Pages

Sunday, June 20, 2010

Rafah Et Deena: Episod 3

“Dia... Dia…”

 

Dengan rasa berat hati teramat, terpaksa aku membibitkan perkataan sebagai mula. Air mula mengalir di pipi yang selalu banjir kebelakangan ini. Siapa sangka lelaki tampan ini, yang selalunya tampak gah, menangisi nasibnya kerana seorang kekasih hati.

 

“Ustaz… Ummi… Mungkin saya tak pernah dijodohkan olehnya. Biarlah. Mungkin Tuhan menetapkan teman yang lebih baik untuknya.”

 

Pantai yang panas suam tadi, kini disimbah air oleh awan. Bagai ada yang turut bersimpati akan tangisan Rafah. Sang matahari berlindung di balik awan, bagai tak sanggup lagi melihat keadaan sedih itu. Pohon-pohon turut melambai, bagai ingin menceriakan suasana yang hiba.

 

Ustaz Zul yang selalu penuh dengan kata-kata hikmah dalam jenakanya, kini turut terdiam. Dia kenal sangat lelaki di depannya. Masakan tidak. Dialah menyelematkan anak jantan itu dari hutan liar. Masakan dia tak kenal, kudratnya yang selalu membantu Rafah di kala susah. Masakan tidak, dialah yang mengajar pemilik hati Rafah tentang syahadah. 

 

Ustaz Zul bukan ustaz biasa. Bukan sekadar pandai membaca doa dalam majlis agama. Bukan sekadar membaca al-Quran pagi dan petang. Beliau kenal erti hikmah dan bijaksana. Bukan juga seperti sahabat biasa, yang mungkin bila berada di posisinya hari ini, akan mengatakan “Bunga bukan sekuntum.”. Tapi beliau memilih untuk diam seketika. Biarlah anak muda ini, melayan perasaannya dulu.

 

Namun Ummi Sarah tak dapat lagi menahan perasaan hibanya.

 

“Rafah, andai matahari dapat mengubatkan lukamu, andai bulan dapat menggembirakan hatimu, mahu sahaja Ummi berdoa kepada Tuhan agar diletakkan pada kedua belah tanganmu. Namun Ummi tahu, jika dikumpul selaut madu sekalipun, pahit di hatimu tidak akan hilang. Kamu tak salah Rafah. Kamu ikhlas mahu menjadikannya kekasih halalmu. Kamu ikhlas mahu membawanya kembali ke jalan Tuhan.”

 

 

“Tapi Rafah tak sanggup lagi, Ummi. Tak sanggup. Hati ini dah dibelah Ummi, dah diambilnya pergi.” Jawab Rafah, dipintas Ustaz Zul. “Sabarlah, Ustaz sendiri tak tahu ungkapan apa lagi mahu dipilih. Tapi bukankah kamu yang beritahu Ustaz dulu, yang kamu mengerti bahawa, Tuhan tak pernah membebankan hamba-Nya, dengan bebanan yang tak dapat dipikul hambanya. Makin berat apa berbekas jiwamu, semakin dekatlah Tuhan pada kamu.” 

 

Rafah tak dapat menahan sebak di dada lagi, apabila mendengar bicara Ustaz Zul. Dia menarik kerusi dengan perlahan. Dia bangun. Bagai tiada lagi sisa tenaga yang tinggal. Rasa mahu diluruhkan saja badannya ke bumi. Dia berjalan pergi meninggalkan Ustaz Zul dan Ummi Sarah. Dia melihat pada bulan sabit dan bintang atas kubah itu. Itu arah tujunya. Ada rintihan mahu disampaikan kepada Raja segala Raja.

 

Anggota lain sudah dibasuh dengan tertib. Membasuh pula kakinya yang dipenuhi pasir. Melangkah masuk dengan kaki kanan ke rumah yang paling mulia atas tanah dunia ini.

 

“Allahuakhbar!”

 

bersambung…


3 comments:

  1. i thought rafah is a girl..

    ReplyDelete
  2. Haha... Rafah Edena is a man, sorry! But honestly, I really take his name from a girl.

    ReplyDelete
  3. salam..tlg doakan mak ak..dilla yusop..mak ak dlm icu sbrg jaya skrg..
    kalo bole tlg bgtawu kt kwn2 yg len..n im currently in egypt..tgh try crik tket nk blk..plis..tanx

    ReplyDelete