Pages

Friday, January 8, 2010

Jesus Christ Bukan Untuk Di hina

Sebagai seorang muslim sememangnya saya mengakui bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Seperti mana yang telah yang dinyatakan dalam post sebelum ini, bahawa pada pandangan Islam, Allah itu Tuhan Yang Esa yakni tiada yang sekutu baginya. Rujuk surah al-Ikhlas 112:1-4

Saya juga memandang bahawa Jesus Christ dengan penuh rasa hormat kerana Jesus Christ @ Nabi Isa mengikut pandangan Islam ialah seorang hamba Allah yang beriman, manusia ciptaan Allah yang telah diangkat menjadi Rasul, untuk menyebarkan ajaran kepada pengikutnya bahawa Allah itu Tuhan Yang Esa.

"...But said Christ: 'O Children of Israel! Worship Allah, my Lord and your Lord'" (in al-Quran)(5:72)

Thursday, January 7, 2010

Tuhan Mengikut Islam dan Kristian

Sudah pasti paksu bukanlah orang yang layak jika dibandingkan dengan para ilmuwan di luar sana. Tetapi diri seakan terpanggil dengan cadangan bahawa, apa kata umat Islam menggunakan kesempatan untuk menjelaskan Allah di sisi Islam itu bagaimana. Sama ada boleh atau pun tidak dalam penggunaan istilah itu biarlah golongan ulama dan pentadbir yang menguruskan. Sebab mereka lebih arif mengenai hal hukum dan undang-undang.



Dalam Islam surah al-Ikhlas ayat 1 hingga 4:

"Say: 'He is Allah the One, Allah the Eternal, Absolute, He begets not, nor was He begotten, and there is none like unto Him'" (in al-Quran)(112:1-4)

Menerusi ayat ini, jelas menunjukkan di sisi Islam itu Allah ialah Tuhan Yang Esa (tunggal/satu). Allah menjadi tempat segalanya bergantung. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Tiada sesuatupun yang serupa dengan Allah.

Wednesday, January 6, 2010

Ada Orang Kata Pasal Budak, Lelaki, Curang

Ada orang kata semua ibu kuat berleter
Sebab malas nak layan, paksu kata "Mak saya kurang berleter sebab adik beradik aku semua baik-baik"

Ada orang kata semua budak suka gula-gula
Sebab malas nak layan, paksu kata "Dah ko kedekut nak belanja adik kau makan KFC"