Pages

Monday, June 14, 2010

Rafah Et Deena: Episod 2

Don’t you remember me, Rafah”, kata perempuan itu, tersenyum lagi. Masakan aku tak kenalnya. Ummi Sarah. Di balik wajah tua manis itu menyimpan seribu sejarah mengenai aku – pahit dan manis.

“SubhanaAllah, Ummi Sarah!” Aku bingkas bangun, menghadapkan wajahku arahnya. Wajah yang dulu pernah meyelamatkan aku.

“Kecil sungguh dunia ini. Tak sangka pula Rafah bertemu dengan Ummi di sini. Mana Ustaz Zul? Masakan Ummi datang ke Langkawi berseorangan.”

“Tak adalah Rafah. Itu dia Ustaz Zul.” Jawabnya ringkas sambil menjeling ke arah Ustaz Zul yang sedang menikmati air kelapa di sebuah restoran makanan laut.

“Ustaz! Ustaz! Ustaz Zul!” jeritku tanpa segan-silu. Habis semua orang putih yang sedang berjemur di tepi pantai memandang aku. Mendongak kepala tanpa sehelai pakaian. Ustaz yang sudah lama perasan sejak tadi mengangkat tangan. Gayanya mengajak aku bersama dengan menjamu air kelapa di situ. Aku berjalan ke arah restoran itu bersama dengan Ummi.

“Ustaz yang perasan kamu duduk di tepi batu tadi. Sekejab terbaring, sekejab lap air mata. Kamu Rafah apa khabar? Ada masalah?” tanya Ummi kepadaku. Rupanya mereka sudah lebih lima belas minit memerhatikan aku bersedih. Ustaz yang menegah Ummi dari menegur aku lebih awal.

“Masalah? Tak adalah. Ummi dengan Ustaz datang honeymoon ke?” Aku cuba mengelak. Cuba berseloroh. Ustaz Zul menghulurkan tangannya. Kucium tangannya seperti adat orang kita. Kupeluk badannya seperti Sunnah nabi kita.

Honeymoon kamu kata Rafah. Ustaz dengan Ummi memang hari-hari pergi honeymoon lepas dah pencen ini. Maklumlah dah tak ada kerja.” Jawab Ustaz Zul sambil mengusik Ummi. Aku sejak dari dulu berasa senang dengan Ustaz Zul. Penampilannya ringkas seperti orang biasa. Berkemeja, berseluar slack dan berkopiah putih tanpa semutar. Bicara ringkas penuh jenaka, membuat aku, ‘orang kurang agama’ tidak berasa segan untuk mendampinginya.

Aku ingat dahulu kali pertama dia mengajar aku solat. Ayatnya mudah.

“Kamu solat sampai solat itu yang menjaga kamu.”

“Macam mana solat boleh jaga kita Ustaz?”

“Setiap kali kamu mengangkat takbir, kamu berasa bahawa aku sedang menghadap Raja segala Raja. Saat kamu membaca doa Iftitah, kamu sedar, segala amalan kamu, hidup dan mati kamu hanya untuk Allah. Apabila kamu membaca al-Fatihah kamu, kamu mengatakan pada Tuhan bahawa, hanya kepada-Nya kamu memohon pertolongan. Masakan kamu mahu membuat silap sekiranya kamu tahu bahawa kamu adalah milik Tuhan. Kamu ingatkan diri kamu lima kali setiap hari.”

Aku menjawab, “Itu lain Ustaz, orang-orang yang belajar agama bolehlah faham semua makna doa dan bacaan dalam solat. Bukan semua orang belajar bahasa Arab.”

“Malu bertanya sesat jalan Rafah. Hang tak kena ‘charge’ pun kalau hang tanya kalau hang tak tau.” Jawab Ustaz dalam dialek Penang sambil berjenaka.

Aku duduk di hadapan pasangan itu. Aku meminta untuk diberikan air sirap limau. Ummi pula air kosong. Empat mata kini memandang aku. Tepat.

“Em, macam mana kamu dengan dia?”

“Dia?” Aku cuba mengelak sekali lagi. Aku buat-buat tidak mengerti.

“Siapa?”

“Hang ni Rafah, sudah gaharu cendana pula.”

Alasan apa yang mahu berikan. Mahu sahaja aku melarikan diri daripada mereka berdua ini. Dia. Masakan aku lupa akannya. Kerana dia aku kemari. Mencuba nasib dipertemukan dengan dia, pemilik hati ini.

“Dia…”

bersambung…


3 comments:

  1. asal tertekan pula Wani. Esok dia baliklah kolej. Jangan lupa pergi Majlis Wida

    ReplyDelete
  2. bes pulak bace menatang ni...
    ke bes baca blog...?

    ReplyDelete