Pages

Wednesday, June 9, 2010

Rafah Et Deena: Episod 1

Malam itu aku duduk di tepi pantai, dinaungi cahaya bintang dan bulan, yang berkerlipan tanpa jemu menyenangkan aku. Aku di tepi pantai. Pantai yang sama aku bertemu dengan dia. Di balik batu yang tertulis 'We are here'. Masih sama. Tulisan itu tidak berubah sedikit pun. Cuma bertambah ukiran pada batu itu. Mungkin nama-nama pasangan yang dilamun cinta. Aku dulu, mahu juga menulis begitu. Mangukir nama pada batu. Kata hati, itu tanda cinta sejati. Aku ditegah daripada menulisnya. Oleh dia. Rajuknya padaku, "Apa guna tanda cinta yang kekal pada batu, tapi tidak bersisa pada hati". Pada waktu itu, aku kurang mengerti.

Namun hari ini, baru aku tahu. Apa guna cintaku sekiranya bukan miliknya lagi.

Pagi esoknya aku masih menangis. Tanpaku sedari, air mata mengalir di pipi. Tapi aku tak pernah menyesal mengenal dia. Terima kasih Tuhan. Kerana mempertemukan aku dengan dia. Titik yang pertama jatuh ke bumi. Aku melihat tompokan pada pasir halus itu. Kembali tersenyum. Melihat kumbang kecil mengeluarkan cahaya di balik pasir. Bayangan seorang menghampiriku.

"Awak, awak, Rafah bukan."

Suara yang sama. Lembut. Wajah yang kukenal dahulu. Indah. Tak berubah.

"Ya, saya Rafah"

bersambung....

8 comments:

  1. apsal cam ku kenal si Rafah Edena ni... Xsah lg, mmg die kn? Ish3x

    ReplyDelete
  2. erk.ape ni tulis pendek sgt.bagi panjang sikit la kalau nak bersambung pun. baru ada feel. :)

    ReplyDelete
  3. Baik... tak berbakatlah nak tulis panjang2

    ReplyDelete
  4. sp rafah edena?ilusi semata-mata or si dia yg x trmiliki??

    ReplyDelete
  5. Rafah Edena bukan illusi... Nantikan watak heroin tidak lama lagi...

    ReplyDelete
  6. can i copy it??n maybe share it wif my fwens here..

    ReplyDelete
  7. Just take it... Take anything from my blog. It would be my pleasure ^_^)

    ReplyDelete