Pages

Wednesday, March 24, 2010

Black and White


Pagi tadi pergi Maju Junction. Tukar lesen P kepada lesen bukan P . Usai sudah benda yang dihajatkan, terpaksalah menempuh kesesakan yang amat sangat dari situ kembali ke Subang Jaya. Buka IKIM, tukar. Buka Era, tukar. Buka Sinar, tak sempat dengar terus tukar (I'm not that old yet). Hot FM, terhenti. Yang terhenti bukan apa sebab terdengar suara Fau Fau dan FBI bersama Dato Sheila Majid.

Mula-mula didendangkan lagu Lagenda. Emm, sedap liriknya.

Kemudian Hitam Putih Kehidupan. Terimbau kenangan silam masa tingkatan satu di SOKSEK dulu. Inilah lagu pertama yang diajar Cikgu Suhaimee dalam kelas muziknya. Cikgu kata paksu nyanyi sedap. Tak pasal kena nyanyi 'sorang2' dekat depan. Tak siapa dapat menafikan lirik lagu Hitam Putih ini secara ringan, membawa mesej nilai yang sangat jelas.

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan
Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa
Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban



Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan



Tuesday, March 23, 2010

Allah bersama hamba-Nya yang sabar

 


Artikel ini paksu terima melalui email. Sejauh mana kebenarannya itu soal kedua, tetapi peri pentingnya untuk muhasabah diri kita bersama. Ibarat mereka yang mempersoalkan bilangan orang dalam cerita al-Kahfi. Bukan penting bilangan itu, yang pentingnya pengajaran untuk menjadi Muslim yang lebih baik. WaAllahua'lam.





assalamualaikum.bagi yg x mengenali,x mengapa.sy hanayalah sahabat yg ingin berkongsi satu peringatan.
berkat majlis ilmu, sy diperdengarkan dgn kisah yg sgt mengharukan.terdorong2 saya utk berkongsi kisah ini dgn sahabat2 semua.semoga menjadi motivasi buat kita semua utk menjadi umat yg terbaik disisi Allah dan rasul-Nya.
mungkin ada yg sudah mendengar.maafkan saya jika anda perlu mendengar ini secara ulangan.semoga menjadi peringatan.sejauh mana kisah ini memberi kesan kepada kita.
buat sahabat yg kini sedang diuji,mohonlah kekuatan pada Allah.lihatlah betapa besarnya ganjaran Allah buat hambanya yg bersabar.yakinlah Allah bersama kita.



Be a better person?

 
 
 
 
Mak paksu suruh belajar tulis dalam bahasa Inggeris. Katanya, bahasa Inggeris bahasa antarabangsa. Paksu budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan ya.


Reading motivational or religious novels, books, websites or articles are never enough to make differences in our life. What has the potential to make us better is our response to them. There is no shortcut with these. Change every gold nuggets and tips into something practical and useful those help us become a better person.

Don’t be like the boy playing chess with his grandfather, who then cried, “Oh no! Not again! Tuk Wan, you always win!”

“What do you want me to do?” replied the old man. “Lose on purpose? You won’t learn anything if I do that.”

The boy responded. "I don’t want to learn anything. I just want to win!”

Wanting to win isn’t enough. We have to go through a process to improve. A legend motivator, a great teacher, or even a caring father can’t do anything to us, if we ourselves don’t want to do anything.

Saturday, March 20, 2010

Sudah gaharu cendana pula


"Ja, apa pasal ada orang Islam tinggal solat. Diaorang tu tak tahu dosa ke?"

"Mestilah diaorang tahu. Dah besar panjang kot. Tapi kita kena bersangka baik juga. Mungkin mereka datang daripada keluarga yang tidak menekankan solat. Tapi kalau dah belajar, masih dok tinggal tu lain cerita la pula"

"Apa yang lainnya"

"Kalau sekarang umur dah umur 20 tahun, kiranya dah dekat 14 tahun kita belajar agama. Nak kata tak tahu dosa kalau tinggal solat tu, pelikla. Tapi biasalah kita ni, hidup macam Pak Pandir"

"Apa yang Pak Pandirnya"

"Satu hari Pak Pandir jalan-jalan keluar kampung. Katanya nak pergi tengok MU lawan Liverpool dekat stadium., walaupun memang Liverpool bakal kalah. Semasa berjalan di hadapan kedai Pak Abu, Pak Pandir ternampak satu benda hitam keperang-perangan. Pak Pandir yakin benda tersebut adalah tahi kucing. Tetapi disebabkan was-was, Pak Pandir melihat benda tersebut lebih dekat. Pak Pandir bertambah yakin bahawa benda tersebut ialah seketul tahi. Tapi disebabkan was-was Pak Pandir mendekatkan hidungnya kepada benda tersebut. Baunya macam tahi. Bertambah yakinlah Pak Pandir bahawa, benda tersebut ialah tahi. Tetapi disebabkan was-was Pak Pandir, merasakan dengan lidahnya. Memang sah benda ini tahi kucing. Kau nak tahu apa Pak Pandir kata lepas tu"

"Apa dia"

"Nasib baik aku tak terpijak tadi"

Kadang kita sudah tahu. Kadang kita sudah pun melaluinya. Tapi selalunya kita terlupa mengambil apa yang baik daripadanya. Benarlah kata John C Maxwell dalam kitabnya, Leadership Gold. 'Experience is nothing, an analysed experience can be everything"