Pages

Wednesday, June 9, 2010

Bijak Berwawasan!!!?!

Semalam Mr Z memberi nasihat bagi mereka yang mahu melanjutkan pelajaran ke negara orang putih.

"Dua benda yang anak-anak semua akan dapat masa mula-mula sampai di sana"

Semua tertunggu-tunggu.

"Petama Shock, kedua Syok, pandai-pandailah jaga diri"

Ada yang faham, ada yang tersipu, ada yang...

"Wei apa Mr. Zaidi kata tadi... Apa Syok?"

"Tulah yang kau menyembang sakan tadi pehal"

"Fine! Whatever! Esok aku tak nak kejut kau pergi subuh dekat surau"

"Lantak ah"

Paginya sebelum terbit fajar.

"Rafah, jomlah teman aku gelap tu, aku janji tak marah lagi"

Rafah yang sudah lama menunggu dalam bilik dengan baju melayu, tersenyum lalu membalas.

"OK"

Dalam perjalanan ke surau

"Siapalah yang bijak berwawasan pergi tutup lampu subuh-subuh ni. Taulah nak berjimat. Tapi yang waktu petang buka lampu tu sapa suruh"

"Betulkan, tak menjaga kebajikan kita lansung, WORLD-Class habis!"

Bersolat subuh si dua orang itu, seorang menjadi makmum, seorang lagi menjadi terpaksa menjadi bilal. Entah mana budak-budak Kolej lain. Movie Marathon kot.

Breakfast Hari Rabu. Western Food.

Rafah berkata kawan rapatnya itu.

"Aik ramai pulak budak kolej kita rupanya..."

2 comments: