Pages

Wednesday, June 29, 2011

Kadang Benci Bertukar Sayang

Lepas hantar abah ke KLIA, sempatlah kejab mendengar radio dalam kereta. Pengubat derita jalan yang sesak bila nak masuk USJ. Khatam satu cerita yang menarik.


LRT Yang Damai
Bagi yang duduk di area KL Selangor, ramai juga yang prefer untuk guna LRT berbanding dengan naik kereta sendiri atau Komuter. Masalah kereta SESAK, masalah komuter ramai sangat orang, dan kekerapannya sangat rendah.

LRT kalau masuk memang rasa damai terutama waktu orang kurang. Dipendekkan cerita, satu hari yang biasa, masuklah seorang lelaki bersama dua orang anaknya ke dalam LRT. Masuk sahaja ke dalam LRT si ayah terus melelapkan mata membiarkan kedua anaknya di luar minda sedarnya. Sewaktu itu penumpang lain membuat kerja masing-masing. Ada yang sms awek tapi kurang yang sms parents. Ada yang membaca surat khabar dan ada juga yang membuang masa. Mudahnya, semua orang berasa sangat selesa dengan keadaan dalam LRT itu.

Benci
Suasana damai kian hilang. Dua orang kanak-kanak tadi mebuat bising. Lari ke sana, lompat ke sini. Bahang panas khatulistiwa makin terasa melihatkan si ayah relax je melelapkan mata di atas kerusi. Bagai sengaja menguji kesabaran dan kesopanan orang timur.

Seorang brother sambil menahan amarah (kening berkerut, bibir tersenyum), mendekat dirinya kepada si ayah. Dipegang peha agar si ayah terjaga.

"Maaf abang menggangu (nada penuh sopan). Anak abang buat bising tu.." Terus si ayah memandang pada kedua anaknya yang kelihatan sungguh excited.

Tiba-tiba tampak keluar air mata sayu pada balik kelopak mata si ayah. Peha si ayah dipegang lagi.

"Maaf abang, ada benda ke saya boleh bantu?"


Benci Bertukar Sayang
Cerita si ayah, "Kami bertiga sebenarnya dalam perjalanan ke hospital. Sejak isteri saya koma sebulan lepas di ICU, kedua anak saya tadi murung dan sedih. Tak seperti mereka yang selalu. Ditambah pula, kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ICU. Sudah sebulan mereka tidak bertemu dengan ibu mereka.

Pagi tadi saya dapat panggilan yang isteri saya sudah sedar. Isteri saya mahu melihat kedua anak kami. Bila saya cerita pada anak saya. Mereka kembali menjadi mereka. Seronok bukan main. So saya bawalah anak saya naik LRT ni ke hospital. Bila nak masuk tadi, saya dapat satu lagi panggilan. Isteri saya sudah meninggal. Saya sebak sangat. Saya tak tahu nak cakap apa pada anak saya. Saya masuk LRT ini, saya terus cuba lelapkan mata.."

Brother tadi dari dahi yang berkerut turut mengeluarkan air mata. Dari benci bertukar sayang.

Ambil Tahu itu Rahmat
Kita sering menilai sesuatu perkara tanpa ada pengetahuan pada perkara tersebut. Kita benci bila dengar kerajaan nak buat Nuclear tapi gagal memahami situasi sebenar. Kita benci pada pembangkang kerana ingin merintih di BERSIH 2.0 tanpa membuka Harakah. Kita benci apabila Tuhan meletakkan hukuman berat tanpa mengetahui hukuman Tuhan itu datang dengan rahmat dan pengampunan-Nya terlebih dahulu.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”. Al-Zumar:39

Belajarlah untuk ambil tahu. Kadang BENCIMU bertukar SAYANG


IbnuHashim
Subang Jaya

1 comment:

  1. salam...ukhwahfillah. baru lgi dlm blogging nih. plz follow ek. thegreencrimson.blogspot.com

    ReplyDelete