Pages

Monday, June 27, 2011

Bila Pak Mat Main Nuclear

Salam sahabat semua. Moga sihat dan chill selalu =)

InsyaAllah pada kali ini saya kongsikan secara ringkas tentang Nuclear Energy di Malaysia. Tajuk ni dikongsikan oleh seorang brother ketika saya berusrah baru-baru ini. Dalam usrah bukan sahaja kami membincangkan tentang soal agama dan jiwa, kami juga bincangkan tentang isu semasa dan negara.

Background
Pada 70s Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan Fuel Policy. Tujuan Polisi ini antaranya ialah Malaysia MESTI bergantung dengan pelbagai jenis fuel iaitu Coal, Gas, Petrol etc. Pada 90s barulah Malaysia menambah RE (Renewable Energy) ke dalam polisi ini. Malaysia perlu bergantung pada pelbagai jenis fuel untuk menjana kuasa supaya sekiranya satu fuel habis (atau disekat dari dieksport ke Malaysia, Malaysia masih boleh bergantung pada fuel lain. Maka amat perlulah Malaysia membangunkan teknologi untuk pelbagai jenis fuel. Different type of fuel has different type of process, power plant and technology.



Baseload/Peaking
-Dua istilah ini popular untuk mengklasifikasikan kegunaan jenis fuel dalam menjana kuasa (baca: electricity)
-Baseload ialah istilah untuk menjana kuasa pada masa yg lama (baca: 24hours per day) manakala Peaking ialah istilah untuk menjana kuasa pada waktu peak sahaja. Waktu Peak ialah waktu orang bekerja dan penggunaan elektrik pada maximum level. Antara pukul 10am-4pm.
-Nuclear + Coal + Gas diklasifikasi dalam BaseLoad manakala Hydro dalam Peaking. Mudah faham, Coal mengambil masa yg lama untuk menjana kuasa (mungkin 1000 000 000W dalam masa sejam - macam exaggerate je ^_^ ) manakala Hydro mengambil masa singkat untuk menjana kuasa (mungkin 1000 000 000W dalam masa 10 minit)
-Teknologi dan jenis RE di Malaysia masih belum berupaya menjadi BaseLoad. Jenis Coal yg ada di Malaysia juga tidak sesuai untuk BaseLoad, Malaysia terpaksa import. Gas pula sangat susah untuk DISIMPAN dan diproses. Malaysia sudah menandatangi perjanjian dengan negara lain (lupa lak negara apa) untuk guna Gas dari negara tersebut.
-Makanya Malaysia sangat memerlukan satu sumber lain dalam masa yg jangka yg panjang sebagai BaseLoad. Dengan ini relevanlah datangnya idea Nuclear

Kenapa perlu Nuclear?
-availability of other type of fuel. Malaysia banyak bergantung pada negara lain untuk Baseload
-Nuclear boleh dijadikan BaseLoad dan Peaking
-Jika dibandingkan dengan jenis fuel lain (kecuali RE dan Hydro) Nuclear dianggap lebih Green (mesra alam) kerana tidak menghasilkan Greenhouse Gases seperti carbon monoxide dan carbon dioxide etc
-sedikit bahan nuclear diperlukan seperti uranium (ikut jenis teknolgi) untuk menghasilkan kuasa yg tinggi dan bertahan dalam tempoh yg sangat lama jika dibandingkan dengan coal dan gas. Maka Nuclear sangat murah.
-walaupun begitu setup cost tetap sangat tinggi (seperti teknolgi lain)
-compared to Hydro, Nuclear technology hanya merosakkan sedkit kawasan

Kenapa tidak Nuclear?

- safety issues because of radiation. Dengan teknolgi yg ada sekarang perkara ini boleh dikawal
- disposal of waste and handling the half life. Juga boleh dikawal
-Secara teori Nuclear sangat selamat digunakan, apatah lagi Malaysia terkeluar daripada lingkaran gunung berapi jika dibandingkan dengan Japan

Di Malaysia, Malaysia Nuclear Commissioner yg akan initiate dan decide siapa yg akan develop dan membangunkan Power Plant etc Bukan semestinya TNB.

In theory, nuclear is very safe to use. So what is our risk attitude? Do we believe that the current government can build the nuclear power plant? Jenaka nakal yang selalu digunakan. Sedangkan stadium pun boleh runtuh inikan pula Nuclear Power Plant. Walaubagaimanapun kerajaan dan MP perlu mengambil jalan yang terbaik untuk rakyat.

WaAllahua'lam. Mungkin ada kesilapan fakta dalam perbincangan Usrah ini dan kelemahan saya dalam memahami, harap dapat maafkan.

Below are the list for further reading regarding on nuclear issue in Malaysia:
Lynas Wants To Contribute To Community, Not Destroy It
Kuantan city folk to lead anti-Lynas plant movement
The Case Against Lynas
Lynas public submissions turn rowdy
Lynas project on hold

No comments:

Post a Comment