Pages

Thursday, November 12, 2009

Semangat A Level di KYUEM

SMS ini paksu terima masa malam Compting A Level (isnin malam selasa)



Dalam hati ibu berkata:

"Pergilah anak, pergi belajar bersungguh-sungguh, jangan kau lemas dalam kebebasan yang mak berikan, kalau tidak, mak tak akan hantar kamu ke sana melainkan mak percaya penuh kepada kamu, kerana kamu anak mak (paling baik_tambah sendiri), sayang.."


Dalam jiwa ayah berbisik:

"Anakku, abah lepaskan kamu dengan sejuta doa moga kamu tak pernah lupa, nama yang kamu bawa di hujung namamu, hati ini penuh berharap agar kamu pulang membawa piala perjuangan anakku.."



Semalam (Khamis Malam Jumaat Physics paper 1)



Ja dan Azmi: Amir, apa hal ko macam semangat je  malam ni


Ibnuhashim: Adalah, sibuk je, tak nampak ke aku tengah 'Mangat' ni.. Pergi main jauh-jauh..

Saturday, November 7, 2009

Isu Dr Asri: Dr Azwira ketuai KIMM desak 8 tuntutan; buang senjata tuduhan Wahabi kepada tokoh agama berbeza pendapat

Dipetik dari MyStar

Oleh ZIEMAN

KUALA LUMPUR: Lebih dari 100 orang tokoh agama dan pendakwah yang menamakan diri mereka 'Kelompok Intelektual Muslim Muda' (KIMM) telah mendesak agar lapan tuntutan diberi perhatian segera oleh pihak berkuasa agama dalam sidang akhbar di sebuah hotel terkemuka di ibu negara lewat malam semalam.

Salah seorang dari mereka, Dr Azwira Abd Aziz, yang juga Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis dan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertindak sebagai jurucakap manakala Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim pula hadir sebagai penasihat KIMM.

"Kelompok Intelektual Muslim Muda ingin membuat 8 tuntutan kesan dari perkembangan dan situasi yang melanda masyarakat Islam sekarang, yang ditimbulkan oleh pihak media hasil dari apa yang berlaku baru-baru ini," kata Azwira.

Katakan Tidak Pada Wahabi

artikel dipetk dari Dr.Maza


(Artikel ini telah ditulis dua tahun yang lepas dan dicadangkan untuk pembacaan)

Adalah malang apabila golongan yang kononnya kuat berpegang dengan agama tidak bersifat ilmiah. Sedangkan ilmu adalah teras kepada Islam yang tulen dan murni. Antara sikap tidak ilmiah ialah menuduh seseorang dengan sesuatu tuduhan palsu disebabkan tidak mahu atau berupaya menjawab persoalan yang dikemukakan. Sikap ini sama dengan Amerika sekarang yang menganggap sesiapa sahaja yang mengkritiknya sebagai pengganas sekalipun tanpa bukti.








Di Malaysia ini, wujud sikap yang sedemikian. Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai ‘wahabi’. Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?!. Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!.

Jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka melebelkan orang lain sebagai ‘wahabi’; apa itu wahabi?. Berbagai jawapan diberikan. Ada yang katakan wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh.
Jika kita beritahu dia, mazhab-mazhab yang lain juga demikian. Apakah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu Hanifah juga wahabi?. Dia diam.

Friday, November 6, 2009

Terima kasih Yuyun







 
 
Hari ini 'try' buat scrolldown untuk gambar. Belajar daripada satu blog.
Terima kasih Yuyun

Tuesday, November 3, 2009

Cinta si DIA


Aku tahu bahawa aku tidak pernah layak untuk berubah


Tapi..


Aku juga manusia biasa, waktu remajaku dulu 

Punah..



Bukankah remaja itu separuh gila


Dulu..


Aku pernah mencintai dia
(yang ini kurang benar)


Segalanya..


Terasa indah belaka



Habis..


Segala masa dan hartaku curahkan


Terasa..


Murah perkataan 'Sayang'


Terasa..


Murah perkataan 'Rindu'


Terasa..


Murah erti 'I Love You'


Namun..

Habis madu sepah dibuang

Benarlah..



Cinta manusia hanya sementara


Biarlah..


Teman-teman sejati kononnya kini


mencaciku

membenciku
menghinaku

Bila..

Aku ingin berubah

Katanya..

Aku bukan dari sekolah agama

Sekadar..

Pelajar menengah sains biasa

Benarlah

Aku mungkin tak seperti kalian

Punya..

Sejarah di pondok-pondok

Punya..

Kesempatan belajar al-Quran dan Syariah

Punya..

Teman-teman di al-Azhar

Kuakui..

Subjek Pendidikan Islam itulah mulanya


Kuakui


Itulah benihku walaupun kini kian terlupa


Kuakui


Ilmuku setakat membaca buku-buku cerita

Yang..

Kini dibaca anak-anak sekolah rendah

Apalah..

Dibandingkan dengan mereka yang fasih berbahasa Arab

Diriku..

Hanya mengenal apakah huruf 'alif'' 'ba' 'ta' 

Waktu..

Aku bersemangat untuk berubah

Katanya..

"Aku dah jumpa ramai orang macam kau, 
tengoklah nanti bila dah dewasa lagi rosak daripada aku"

Ketika..

Aku mengajaknya untuk sama berubah

Katanya..

"Engkau jangan nak brag depan orang la"

Maaf..


Jika memang caraku salah


Bantulah..


Aku dengan cara berhemah


Tanpa..


Menjatuhkan air muka


Tetapi..

 Percayalah DIA tak pernah salah

Carilah..


Islam dengan cara yang kau suka


Cara..

Yang kau rasa lebih benar









Pengorbanan


Ya, itulah kunci kepada segala perubahan




Firman-Nya


“Tetapi barangsiapa yang bertaubat setelah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun Maha Penyayang” (al-Maidah: 39)



Hari ini 


Aku cuba mencari Cinta si DIA


kerana aku tahu

Ia akan membawa
diriku dan Mak Abah ke pintu


SYURGA

Dr Asri: Saya bukan Wahabi dan tak tahu apa itu Wahabi!

*Artikel diambil dari MyStar




Oleh ZIEMAN
PETALING JAYA: Isu penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada Ahad lalu masih rancak diperkatakan.

Beliau dituduh atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah oleh pihak JAIS dan ditahan pada pukul 9 malam oleh sekumpulan anggota JAIS di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.

Selain tuduhan kesalahan mengajar agama tanpa tauliah, antara isu lain yang berbangkit ekoran penahanan itu adalah isu penyebaran ajaran Wahabi.

Dr Asri kononnya dituduh membawa ajaran Wahabi oleh beberapa pertubuhan Islam hinggakan perkara ini terkandung di dalam salah satu bahagian dalam Memorandum Fitnah yang diusulkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia kepada Agung.

Namun, ketika diajukan perkara ini, Dr Asri sendiri berasa hairan dan ingin bertanya kepada mereka-mereka yang membuat tuduhan yang dia Wahabi.... apa itu Wahabi?

"Saya bukan Wahabi dan saya tak tahu apa itu Wahabi. Tolong bagi saya definisi Wahabi. Kalau orang tak baca doa qunut itu, JAIS katakan Wahabi, kenapa tak larang masjid-masjid India kerana setahu saya mereka tak baca doa qunut," katanya.

Dr Asri juga mencabar pihak tertentu yang mendakwa beliau menyebarkan fahaman Wahabi di negara ini tampil mengemukakan bukti kukuh.

"Jika tidak tahu, jangan membuat tafsiran melulu," kata tokoh agama yang disegani ini.
Jelasnya lagi, hanya kerana seseorang itu tak baca doa qunut, orang itu terus dicap Wahabi.
"Majoriti dari Mazhab-mazhab tak baca doa qunut, adakah mereka juga Wahabi.

"Dan saya nak tanya, sekiranya seseorang itu Wahabi, adakah itu membolehkan pihak JAIS dan polis membuat serbuan begitu rupa. Kenapa tak tangkap orang yang tak sembahyang, itupun agama tak suruh berbuat demikian," katanya sambil melahirkan rasa kemusykilannya tentang tindakan JAIS yang menahannya Ahad malam.

"Lagipun bila masa yang orang JAIS ikut saya sembahyang subuh sampai tahu saya tak baca doa qunut. Saya betul-betul hairan...," kata Dr Asri.

Ditanya bagaimana perasaannya sekarang, hingga isu penahanannya mendapat liputan nasional dan meluas, Dr Asri berkata, dia tidak sangka fitnah yang datang akan menjadi seteruk ini.
"Memanglah saya tahu....kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai tapi saya tak dapat bayangkan orang-orang yang melakukan ini adalah orang-orang agama dan duduk di institusi negara.
"Dan saya melihat sendiri sikap-sikap seperti ini di depan mata," kata Dr Asri.

Dalam satu sidang media semalam, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi ada menyatakan jabatan itu akan mengambil tindakan mendakwa Dr Asri setelah selesai menjalankan siasatan berhubung kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.

Dan dakwaan ke atas Dr Asri kemungkinan besar akan dilakukan pada Isnin depan.
"Itu media yang tulis. Saya belum diberitahu apa-apa pun," kata tokoh agama yang menulis di dalam kolum di akhbar Mingguan Malaysia.

Menurut Khusrin, Dr Asri akan didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Seksyen 119 (1) yang menyebut mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di negeri itu perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS.

Sesiapa yang didapati gagal mendapatkan tauliah daripada JAIS jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Insiden penahanan malam kelmarin tidak sedikitpun melunturkan semangat juang Dr Asri untuk menegakkan syiar Islam.

"Jika mana-mana pandangan, pendapat atau ilmu saya tidak sama dengan pendapat serta kehendak sesetengah pihak, janganlah saya dengan sewenang-wenangnya dituduh menyesatkan.

"Dan lagi, jangan guna akta dan kuasa yang ada untuk menghalang masyarakat untuk mendapatkan ilmu yang baik," kata Dr Asri.

*Artikel diambil dari MyStar 

Ulasan

Ulasan daripada Bekas Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dasuki Ahmad, sila klik di sini.


Ulasan daripada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sila klik di sini.


Laporan terkini daripada Harakahdaily: “Dr Asri: Hormati hak individu untuk tuntut ilmu”, sila klik di sini.