Pages

Wednesday, June 29, 2011

Kadang Benci Bertukar Sayang

Lepas hantar abah ke KLIA, sempatlah kejab mendengar radio dalam kereta. Pengubat derita jalan yang sesak bila nak masuk USJ. Khatam satu cerita yang menarik.


LRT Yang Damai
Bagi yang duduk di area KL Selangor, ramai juga yang prefer untuk guna LRT berbanding dengan naik kereta sendiri atau Komuter. Masalah kereta SESAK, masalah komuter ramai sangat orang, dan kekerapannya sangat rendah.

LRT kalau masuk memang rasa damai terutama waktu orang kurang. Dipendekkan cerita, satu hari yang biasa, masuklah seorang lelaki bersama dua orang anaknya ke dalam LRT. Masuk sahaja ke dalam LRT si ayah terus melelapkan mata membiarkan kedua anaknya di luar minda sedarnya. Sewaktu itu penumpang lain membuat kerja masing-masing. Ada yang sms awek tapi kurang yang sms parents. Ada yang membaca surat khabar dan ada juga yang membuang masa. Mudahnya, semua orang berasa sangat selesa dengan keadaan dalam LRT itu.

Monday, June 27, 2011

Bila Pak Mat Main Nuclear

Salam sahabat semua. Moga sihat dan chill selalu =)

InsyaAllah pada kali ini saya kongsikan secara ringkas tentang Nuclear Energy di Malaysia. Tajuk ni dikongsikan oleh seorang brother ketika saya berusrah baru-baru ini. Dalam usrah bukan sahaja kami membincangkan tentang soal agama dan jiwa, kami juga bincangkan tentang isu semasa dan negara.

Background
Pada 70s Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan Fuel Policy. Tujuan Polisi ini antaranya ialah Malaysia MESTI bergantung dengan pelbagai jenis fuel iaitu Coal, Gas, Petrol etc. Pada 90s barulah Malaysia menambah RE (Renewable Energy) ke dalam polisi ini. Malaysia perlu bergantung pada pelbagai jenis fuel untuk menjana kuasa supaya sekiranya satu fuel habis (atau disekat dari dieksport ke Malaysia, Malaysia masih boleh bergantung pada fuel lain. Maka amat perlulah Malaysia membangunkan teknologi untuk pelbagai jenis fuel. Different type of fuel has different type of process, power plant and technology.