Pages

Thursday, May 20, 2010

mg Sin θ

Keluar daripada dewan pepriksaan, berjalanlah dua kawan baik. Seorang Mat 'skima' seorang lagi Mat 'Genius'. Mat S bertanya kepada Mat G.

'Mat, apa hal muka nampak kau berkerut semacam je. Takkan tak boleh jawab soalan tadi kot. Kata 'genius'"

Jawab Mat G. 'mg Sin θ, mg Sin θ'

'Engkau ni Mat, aku tanya elok-elok kau main-main pulak'

Lantas Mat S terus merajuk, berjalan laju ke depan. Melihat Mat S merajuk macam perempuan, Mat G cuba mengejar, dan bertanyakan soalan mengenai sukan yang paling digemari oleh Mat S. - 'football'
(soalan cepu mas ada ke mat skima yang suka tengok bola??)

'Mat S, Mat S (dengan nada lembut), kau rasa petang ni 'final game' untuk 'interhouse competition', Topaz akan sumbat berapa GOAL untuk kalahkan Garnet.'

Mat S mengendahkan soalan itu. Mat G terus memujuk. 'Ala S, janganlah merajuk, jawablah, kau kan suka bola, jawablah berapa GOAL'

Muka Mat S menjadi merah. Seakan-akan mahu meletusnya gunung berapi buat kali pertamanya di KYUEM. Mat S menjerit.

'THE THE INTENTION TO FIND ALL INSTANCES THAT FIT THE RULE FOR THIS EVENING SHOULD BE FOUR TO ZERO, UNDERSTOOD!'

Mat S terus merajuk, dan berjalan terus ke Surau as-Saad. Disebabkan mahu memujuk Mat S, Mat G yang tak suka pergi ke Surau turut ke Surau as-Saad sambil menjerit 'MG Sin θ '. Akhirnya, kedua-duanya selamat solat Isyak berjemaah. Alhamdulillah




p/s buat siapa yang tak faham ini dia pertujuk

- mg Sin θ = Tension

- ayat berwarna Merah ialah definition of Goal in computing subject

- cerita ini memang sah rekaan sebab mana ada orang jawab A Level waktu malam                                       

2 comments:

  1. dengan aku aku sekali mg sin thetha.
    sori la,aku tak reti nak buat thetha.
    aku mana belajar computing ye dak?

    a particular fact that feed the rule!*nada amir hashim*

    ReplyDelete