Pages

Thursday, May 6, 2010

Aku, Ubee, Ja, Azmi dan Couple

Buat kebiasaannya, selepas Isyak, lepas menghabiskan duit membeli air kopi bungkus di cafe, lepas 'study' sampai dah tak ingat apa yang dibaca tadi, akan dilakukan beberapa perkara yang tidak berfaedah sebelum kembali pulang ke chalet p-07 untuk tidur.

Berikut adalah senarainya:
- main 'game' alien shooter atau aerial yang kini makin popular dalam kalangan lelaki KY
- bincang strategi nak kalahkan house lain dalam interhouse competition (current issue: football interhouse). Perbincangan lepas, bagaimana nak seri dengan Diamond. Ternyata berhasil. Cayalah MOch. Striker Topaz kot!
- tengok 'movie' 10 minit, lepas perasan 'movie' tersebut 'boring', maka tidur menjadi pilihan.
- buka 'sms' dalam 'handphone', lepas tu gelak sorang-sorang.
- pergi bilik Zafri, minta sikit dia punya 'garlic butter'
-jalan sampai kampung Diamond
- sembang dengan Ubee, Ja or Azmi (ini yang kebiasaannya)

Jadi sejauh mana aktiviti itu berfaedah atau tidak, selalunya bergantung pada apa yang dibincangkan pada tersebut. Kalau cerita pasal Israel, terrorism, Palestin, yang ini berfaedah tapi yang 'boring' nya Ubee ja yang cakap banyak pasal dia yang belajar History. Tapi baguslah juga, macam-macam cara dia cadangkan dekat paksu, cara Islam nak mengalahkan Zionis. Moga suatu hari nanti, Ubee memang benar-benar menjadi seorang pejuang Islam. Bukan setakat menanam tebu dibibir sahaja ye Ubee.

Kadang kalau sembang dengan Azmi, 'best' juga, macam-macam jenis teori yang telah dikemukakan. Antaranya, teori kenapa orang malas nak solat subuh di surau, teori kenapa budak KY ber'couple', teori kenapa zaman sekarang perempuan lagi ramai mengurat lelaki, dan banyak yang teori yang berfaedah dan tidak berfaedah. Secara umumnya, teori tersebut masih belum disahkan oleh mana-mana saintis di dunia.

Tak terlepas, kadang bersembang dengan Ja, serius, isunya selalu sama antara dua, bola sepak atau 'football'. Mentang-mentanglah dia bekas Presiden kelab bola sepak KYUEM, itu sahaja isunya. Tapi kadang sebelum tidur tu ada juga dia ingatkan paksu dan kawan-kawan akan kepentingan menjadi pejuang Islam dan kepentingan belajar betul-betul. Tapi boleh kira dengan jarilah. Hehehe.

Isu Semalam. Couple?

Berdebatlah si Amir, Ubee, Ja, dan Azmi lebih dari satu jam. Isunya bermula ada artikel mengatakan 'couple' tu haram. Ditanyakanlah pada si Amir, kenapa couple itu haram? Dia jawab couple itu mendekat diri pada zina. Bukankah Tuhan kata menghampiri zina itu haram.

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (al-Isra' 17:32)

Pertanyaan diteruskan, takkan belajar sekali pun dikatakan menghampiri zina, bukan buat apa pun, 'just' bincang soalan A Level. Perbincangan berlarutan. Maka tiba-tiba datang si Ja dan Azmi, keluar dari bilik masing. Ingatkan dah tidur.

Setelah perbincangan antara Ubee dan Amir diteruskan, tiba-tiba Azmi menyampuk, sebenarnya kita kena 'define' couple itu bagaimana. Kau amir define couple lain, kau ubee define couple lain. Kau Amir, tak pernah couple macam mana nak kenal couple tu apa, cuba belajar dari orang yang berpengalaman. Siapa tu? (Serius, ayat ni memang rekaan) Tu yang kita jadi pening nih.

Maka kami (Amir, Ubee, Ja dan Azmi) cuba meng'define' 'couple' itu bagaimana. Diambil sehelai kertas. Dan kesimpulannya tercapai

COUPLE
- 'relationship' antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang saling berkasih sayang tanpa matlamat yang pasti. Lagi teruk tak pernah terfikir pun yang mereka ini bermesra-mesraan tapi tak pernah fikir untuk kahwin.
- 'relationship' yang terhasil kerana 'to satisfy our current emotion in the short term'
- sekadar suka-suka sebab sudah menjadi trend
- berlaku perkara maksiat yang jelas keharamannya eg. duduk berdua-duaan di tempat sunyi, berpegangan tangan.

Maka kami berempat bersetuju, jika terdapat salah satu ciri teratas, maka dia sedang ber'COUPLE', seperti yang telah kami maksudkan. Kami juga bersependapat, jika kita sedang ber'COUPLE' seperti ini, maka kita sedang melakukan perkara yang haram seperti yang dinyatakan dalam artikel ini.

Pada pandangan paksu sekiranya kita sedang menjalinkan hubungan rapat dengan perempuan atau vice versa, walaupun tiada ciri-ciri di atas, maka kita sedang melakukan suatu perkara yang tidak jelas halal dan haramnya. Maka jika benar anda mahu melakukan hubungan itu dengan halal, maka bertanyalah pada Ustaz atau Ustazah yang mahu mendengar rintihan cinta seorang remaja.

Bercintalah dengan seorang perempuan kerana kamu mahu mencintainya hingga ke syurga.


Hadis Anas r.a:
"Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka."

(Riwayat Muslim)

3 comments:

  1. mcm tak berapa nak setuju dgn definition tu, hehe. tp lain org lain cara pemikiran. =) no opinions can be labelled wrong.

    ReplyDelete
  2. bagilah 'definition' shiela pulak... let's sharing

    ReplyDelete
  3. definition korang hanya berdasarkan statistik kurang dari 10 org, secara statistiknya.. korang salah bagi definisi sbb kekuatan dia untuk are KYUEM bersamaan 10/400 x100%=2.5%..

    hmm... tapi statistik jekan, so dlm keadaan yg sebenarnye, saya pn xpasti... yg pnting menyukai seseorg 2 cume 1 fitrah manusia.. kenapa hal ini xbole dielakkan ek paksu?

    ReplyDelete