Pages

Sunday, May 16, 2010

Bikin Pening

Satu hari (malam sebenarnya), usai solat Isyak, kami berjalan pulang ke Chalet kediaman. Berhenti sebentar, di tepi tangga, memastikan arah, adakah benar mahu terus ke Chalet atau singgah sebentar di Cafe, bagi menghabiskan duit yang masih berbaki untuk Semester ini. Seperti biasa, rakan paksu yang selalu buat teori bertanyakan satu soalan kepada paksu.

"Amir, aku ada benda nak tanya"

Sebenarnya, semua malas nak layan, takut dia keluarkan teori baru lagi. Bagi mengelakkannya terus 'down', semua cuba (dalam 'english'nya, pretend to be) memberi perhatian kepadanya. Dia meneruskan.

"Kau rasa antara dua benda ini, satu benda ini baik TAPI..."

Salah seorang terus mencelah, "Kalau dua-dua benda tu tak baik, tak payah nak pilih mana satu yang lagi baik. Tak yah nak tapi-tapi lagi. Pilih yang baik sudah. Full Stop!"

Yang bertanya terus terkedu diam, yang lain ketawa kecil. Entah apa yang diketawakan.

Isunya mungkin isu lama, orang yang tutup aurat tapi suka mengumpat, dengan orang yang yang tak suka mengumpat tapi buka aurat. Mana lagi baik. Kenapa mahu Bikin Pening, jadilah yang menutup aurat dan tak suka mengumpat. Full Stop! (untuk kali kedua)

No comments:

Post a Comment