Pages

Tuesday, March 23, 2010

Allah bersama hamba-Nya yang sabar

 


Artikel ini paksu terima melalui email. Sejauh mana kebenarannya itu soal kedua, tetapi peri pentingnya untuk muhasabah diri kita bersama. Ibarat mereka yang mempersoalkan bilangan orang dalam cerita al-Kahfi. Bukan penting bilangan itu, yang pentingnya pengajaran untuk menjadi Muslim yang lebih baik. WaAllahua'lam.





assalamualaikum.bagi yg x mengenali,x mengapa.sy hanayalah sahabat yg ingin berkongsi satu peringatan.
berkat majlis ilmu, sy diperdengarkan dgn kisah yg sgt mengharukan.terdorong2 saya utk berkongsi kisah ini dgn sahabat2 semua.semoga menjadi motivasi buat kita semua utk menjadi umat yg terbaik disisi Allah dan rasul-Nya.
mungkin ada yg sudah mendengar.maafkan saya jika anda perlu mendengar ini secara ulangan.semoga menjadi peringatan.sejauh mana kisah ini memberi kesan kepada kita.
buat sahabat yg kini sedang diuji,mohonlah kekuatan pada Allah.lihatlah betapa besarnya ganjaran Allah buat hambanya yg bersabar.yakinlah Allah bersama kita.



Be a better person?

 
 
 
 
Mak paksu suruh belajar tulis dalam bahasa Inggeris. Katanya, bahasa Inggeris bahasa antarabangsa. Paksu budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan ya.


Reading motivational or religious novels, books, websites or articles are never enough to make differences in our life. What has the potential to make us better is our response to them. There is no shortcut with these. Change every gold nuggets and tips into something practical and useful those help us become a better person.

Don’t be like the boy playing chess with his grandfather, who then cried, “Oh no! Not again! Tuk Wan, you always win!”

“What do you want me to do?” replied the old man. “Lose on purpose? You won’t learn anything if I do that.”

The boy responded. "I don’t want to learn anything. I just want to win!”

Wanting to win isn’t enough. We have to go through a process to improve. A legend motivator, a great teacher, or even a caring father can’t do anything to us, if we ourselves don’t want to do anything.

Saturday, March 20, 2010

Sudah gaharu cendana pula


"Ja, apa pasal ada orang Islam tinggal solat. Diaorang tu tak tahu dosa ke?"

"Mestilah diaorang tahu. Dah besar panjang kot. Tapi kita kena bersangka baik juga. Mungkin mereka datang daripada keluarga yang tidak menekankan solat. Tapi kalau dah belajar, masih dok tinggal tu lain cerita la pula"

"Apa yang lainnya"

"Kalau sekarang umur dah umur 20 tahun, kiranya dah dekat 14 tahun kita belajar agama. Nak kata tak tahu dosa kalau tinggal solat tu, pelikla. Tapi biasalah kita ni, hidup macam Pak Pandir"

"Apa yang Pak Pandirnya"

"Satu hari Pak Pandir jalan-jalan keluar kampung. Katanya nak pergi tengok MU lawan Liverpool dekat stadium., walaupun memang Liverpool bakal kalah. Semasa berjalan di hadapan kedai Pak Abu, Pak Pandir ternampak satu benda hitam keperang-perangan. Pak Pandir yakin benda tersebut adalah tahi kucing. Tetapi disebabkan was-was, Pak Pandir melihat benda tersebut lebih dekat. Pak Pandir bertambah yakin bahawa benda tersebut ialah seketul tahi. Tapi disebabkan was-was Pak Pandir mendekatkan hidungnya kepada benda tersebut. Baunya macam tahi. Bertambah yakinlah Pak Pandir bahawa, benda tersebut ialah tahi. Tetapi disebabkan was-was Pak Pandir, merasakan dengan lidahnya. Memang sah benda ini tahi kucing. Kau nak tahu apa Pak Pandir kata lepas tu"

"Apa dia"

"Nasib baik aku tak terpijak tadi"

Kadang kita sudah tahu. Kadang kita sudah pun melaluinya. Tapi selalunya kita terlupa mengambil apa yang baik daripadanya. Benarlah kata John C Maxwell dalam kitabnya, Leadership Gold. 'Experience is nothing, an analysed experience can be everything"

Wednesday, February 17, 2010

Kau di sisiku Julia

"Kadang terlupa warkah dan peranan, aku manusia..."

Itulah antara bait lagu yang paksu rasa hebat, ayatnya 'simple' tanpa bunga puitis tetapi penuh makna. Memang kita selalu terlupa, sebab itu kita selalu perlu diingatkan. Kerana itu juga sistem kehidupan Islam perlulah selalu ada tazkirah atau bahasa mudahnya saling nasihat menasihati.

"Tega kuberdiri sepanjang malam, mengintai dada langit yang tersergam, demi meniti doa dan impian, di saat melintas sang Kelodan, kau di sisiku sentiasa Julia"

Kadang kita terlupa, di saat kita melafazkan kata manis berulamkan cinta, sejauh mana cinta kita itu kepada si dia. Adakah setakat SPM, A-level, Uni atau "Hanya maut memisahkan kita...". Jika itulah cita dan harapan, maka tidak benarlah sentiasa yang terdapat dalam bait lagu Julia. 


Suka meminjam tajuk buku Ustaz Hasrizal "Bercinta Sampai ke Syurga". Moga itu yang jadi pilihan dan sandaran kita semua.

"Alangkah peliknya manusia hari ini, mereka bercitakan syurga, tetapi bersandiwarakan dosa sebagai bekalan cita"

Meminjam juga pantun Topaz Bangsawan yang telah dinobatkan sebagai 'The Best Script of Bangsawan 2010"

Api-api dipinggir kota
         Anak semilang di tapak tangan
Bukan hanya bermain kata
         Cinta sejati jadi taruhan

Friday, January 8, 2010

Jesus Christ Bukan Untuk Di hina

Sebagai seorang muslim sememangnya saya mengakui bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Seperti mana yang telah yang dinyatakan dalam post sebelum ini, bahawa pada pandangan Islam, Allah itu Tuhan Yang Esa yakni tiada yang sekutu baginya. Rujuk surah al-Ikhlas 112:1-4

Saya juga memandang bahawa Jesus Christ dengan penuh rasa hormat kerana Jesus Christ @ Nabi Isa mengikut pandangan Islam ialah seorang hamba Allah yang beriman, manusia ciptaan Allah yang telah diangkat menjadi Rasul, untuk menyebarkan ajaran kepada pengikutnya bahawa Allah itu Tuhan Yang Esa.

"...But said Christ: 'O Children of Israel! Worship Allah, my Lord and your Lord'" (in al-Quran)(5:72)

Thursday, January 7, 2010

Tuhan Mengikut Islam dan Kristian

Sudah pasti paksu bukanlah orang yang layak jika dibandingkan dengan para ilmuwan di luar sana. Tetapi diri seakan terpanggil dengan cadangan bahawa, apa kata umat Islam menggunakan kesempatan untuk menjelaskan Allah di sisi Islam itu bagaimana. Sama ada boleh atau pun tidak dalam penggunaan istilah itu biarlah golongan ulama dan pentadbir yang menguruskan. Sebab mereka lebih arif mengenai hal hukum dan undang-undang.



Dalam Islam surah al-Ikhlas ayat 1 hingga 4:

"Say: 'He is Allah the One, Allah the Eternal, Absolute, He begets not, nor was He begotten, and there is none like unto Him'" (in al-Quran)(112:1-4)

Menerusi ayat ini, jelas menunjukkan di sisi Islam itu Allah ialah Tuhan Yang Esa (tunggal/satu). Allah menjadi tempat segalanya bergantung. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Tiada sesuatupun yang serupa dengan Allah.

Wednesday, January 6, 2010

Ada Orang Kata Pasal Budak, Lelaki, Curang

Ada orang kata semua ibu kuat berleter
Sebab malas nak layan, paksu kata "Mak saya kurang berleter sebab adik beradik aku semua baik-baik"

Ada orang kata semua budak suka gula-gula
Sebab malas nak layan, paksu kata "Dah ko kedekut nak belanja adik kau makan KFC"

Thursday, November 12, 2009

Semangat A Level di KYUEM

SMS ini paksu terima masa malam Compting A Level (isnin malam selasa)



Dalam hati ibu berkata:

"Pergilah anak, pergi belajar bersungguh-sungguh, jangan kau lemas dalam kebebasan yang mak berikan, kalau tidak, mak tak akan hantar kamu ke sana melainkan mak percaya penuh kepada kamu, kerana kamu anak mak (paling baik_tambah sendiri), sayang.."


Dalam jiwa ayah berbisik:

"Anakku, abah lepaskan kamu dengan sejuta doa moga kamu tak pernah lupa, nama yang kamu bawa di hujung namamu, hati ini penuh berharap agar kamu pulang membawa piala perjuangan anakku.."



Semalam (Khamis Malam Jumaat Physics paper 1)



Ja dan Azmi: Amir, apa hal ko macam semangat je  malam ni


Ibnuhashim: Adalah, sibuk je, tak nampak ke aku tengah 'Mangat' ni.. Pergi main jauh-jauh..

Saturday, November 7, 2009

Isu Dr Asri: Dr Azwira ketuai KIMM desak 8 tuntutan; buang senjata tuduhan Wahabi kepada tokoh agama berbeza pendapat

Dipetik dari MyStar

Oleh ZIEMAN

KUALA LUMPUR: Lebih dari 100 orang tokoh agama dan pendakwah yang menamakan diri mereka 'Kelompok Intelektual Muslim Muda' (KIMM) telah mendesak agar lapan tuntutan diberi perhatian segera oleh pihak berkuasa agama dalam sidang akhbar di sebuah hotel terkemuka di ibu negara lewat malam semalam.

Salah seorang dari mereka, Dr Azwira Abd Aziz, yang juga Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis dan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertindak sebagai jurucakap manakala Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim pula hadir sebagai penasihat KIMM.

"Kelompok Intelektual Muslim Muda ingin membuat 8 tuntutan kesan dari perkembangan dan situasi yang melanda masyarakat Islam sekarang, yang ditimbulkan oleh pihak media hasil dari apa yang berlaku baru-baru ini," kata Azwira.

Katakan Tidak Pada Wahabi

artikel dipetk dari Dr.Maza


(Artikel ini telah ditulis dua tahun yang lepas dan dicadangkan untuk pembacaan)

Adalah malang apabila golongan yang kononnya kuat berpegang dengan agama tidak bersifat ilmiah. Sedangkan ilmu adalah teras kepada Islam yang tulen dan murni. Antara sikap tidak ilmiah ialah menuduh seseorang dengan sesuatu tuduhan palsu disebabkan tidak mahu atau berupaya menjawab persoalan yang dikemukakan. Sikap ini sama dengan Amerika sekarang yang menganggap sesiapa sahaja yang mengkritiknya sebagai pengganas sekalipun tanpa bukti.








Di Malaysia ini, wujud sikap yang sedemikian. Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai ‘wahabi’. Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?!. Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!.

Jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka melebelkan orang lain sebagai ‘wahabi’; apa itu wahabi?. Berbagai jawapan diberikan. Ada yang katakan wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh.
Jika kita beritahu dia, mazhab-mazhab yang lain juga demikian. Apakah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu Hanifah juga wahabi?. Dia diam.