Pages

Sunday, May 20, 2012

Cerita Pakcik Turki


Hari ini, negara majoriti umat Islam yang paling mendapat perhatian dunia baik di timur oleh China atau Jepun, baik di barat oleh UK atau US kerana sistem politik & demokrasi yang pantas pulih, kestabilan ekonomi yang pantas pulih tidak lain dan tidak bukan ialah negara Turki selepas bertukar Perdana Menterinya.

Itu negara yang pengimport minyak. (jom berfikir)

Tahukah kita semua, bahawa Perdana Menteri Turki tersebut ialah Recep Tayyip Erdoğan yang berada dalam tahanan penjara ketika Parti Politiknya (AK Party) menang pada pilihanraya.



Gambar, Erdogan bersama isterinya yang bertudung, Emina.



Semasa melancong ke Turki hari tu terjumpa seorang pakcik tua di Cappadocia, kebetulan dia pandai berbahasa English, mula belajar ketika umur 45 tahun.

Perbualan bermula suram kerana pakcik tersebut tidak berapa fasih. Macam biasalah, bersembang mengenai belajar, kerja, pelancong, tempat menarik, makanan sedap etc. Tak berani sentuh mengenai keluarga, takut nanti disalah anggap 'mengambil berat' isteri dan perempuannya. Al-maklumlah, lain negeri, lain resamnya.

Kemudian, saya memulakan topik mengenai Mustafa Kemal Atatürk. Kata pakcik itu perlahan "I like him", macam nak jawab tak jawab je.

Saya buat-buat tanya, siapakah Perdana Menteri Turki sekarang. Sampuk kawan-kawan saya "Erdoğan". Saya buat-buat tak dengar kerana mahu mendengar sendiri jawapan daripada pakcik tersebut, jawabnya "Recep Tayyip Erdoğan".

Soal saya lagi "What do you think about him?". Lantas pakcik menjawab dengan bersungguh-sungguh, "I love him, I admire him". Jarum sudah masuk, apa lagi, terus rancaklah!!


Gambar bersama kawan-kawan dan pakcik-pakcik Turki
Selesai minum 'secangkih teh pengubat letih' (after my visit to Turkey now I understand what the meaning of Ustaz Hasrizal's book's title) yang dibelanja oleh pakcik itu, saya, kawan-kawan dan pakcik itu bergerak untuk solat Asar berjemaah di masjid.

Ialah, tak guna sembang lebat pasal politik kalau solat pun kantoi. Hebat mana pun kita di dunia ini, kita pasti mati.
It's a promise that can never be broken; a reality that can never be avoided. Unstoppable!!

Setiap kali terdengar laungan azan di masjid Turki pasti terkenang kemegahan Khilafah Uthmaniyah suatu ketika dahulu. Di sebuah istana di kota Istanbul, tertulis sejarah bagaimana Khalifah dan Menteri-menterinya bersolat subuh di Masjid, pada hari-hari tertentu selesai solat mereka pergi ke Dewan Mesyuarat berbincang mengenai negara.

Tapi tak semua khalifah begitu, hanya yang beriman sahaja, yang yakin bahawa soal kuasa pemerintahan ialah satu tanggungjawab yang pasti akan disoal oleh Tuhan.

Yang korup habis membelanjakan bertan-tan emas membina istana sewaktu ekonomi Khilafah Uthmaniyah miskin dan teruk.

Terdetik di hati. Inilah barah, memilih yang silap. Lebih malang, tidak sedar sudah membuat silap.

"Orang yang paling jahil, ialah orang yang tidak tahu dia jahil mengenai sesuatu perkara, sudah diberi nasihat mahu ditolak juga"

Solat tiang agama, jagalah. Politik penting tapi ia bukan segalanya, ia sekadar alat. Orang yang tidak dibangunkan atas moraliti dan spritualiti hanya akan menggunakan kuasa politik dan ekonomi untuk menindas orang lain. Lebih malang jika penindasan itu dilakukan atas nama agama, sedang Islam tidak pernah mengajar begitu. Pilihlah pemimpin yang terdidik dan beramal dengan kedua aspek tersebut.

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." (Quran 21:107)

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Quran 49:13)

Tidak ada beza Melayu, Cina, India melainkan yang membezakan kita, siapakah yang takut kepada Allah swt.

"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati ini di jalan-Mu"

Moga Allah swt memandu kita, insyaAllah.


Ibnu Hashim
20 Mei 2012
Cardiff, Wales

No comments:

Post a Comment