Pages

Thursday, January 7, 2010

Tuhan Mengikut Islam dan Kristian

Sudah pasti paksu bukanlah orang yang layak jika dibandingkan dengan para ilmuwan di luar sana. Tetapi diri seakan terpanggil dengan cadangan bahawa, apa kata umat Islam menggunakan kesempatan untuk menjelaskan Allah di sisi Islam itu bagaimana. Sama ada boleh atau pun tidak dalam penggunaan istilah itu biarlah golongan ulama dan pentadbir yang menguruskan. Sebab mereka lebih arif mengenai hal hukum dan undang-undang.



Dalam Islam surah al-Ikhlas ayat 1 hingga 4:

"Say: 'He is Allah the One, Allah the Eternal, Absolute, He begets not, nor was He begotten, and there is none like unto Him'" (in al-Quran)(112:1-4)

Menerusi ayat ini, jelas menunjukkan di sisi Islam itu Allah ialah Tuhan Yang Esa (tunggal/satu). Allah menjadi tempat segalanya bergantung. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Tiada sesuatupun yang serupa dengan Allah.



Mengikut pandangan Islam, Nabi Isa al-Maseh ataupun Jesus Christ itu merupakan seorang hamba Allah yakni manusia yang diciptakan Allah, yang telah menjadi Rasul untuk menyebarkan ajaran untuk mentauhidkan Allah. Perkara ini ada dijelaskan di dalam al-Quran:

"Certainly they disbelieve who say: 'Allah is Christ the son of Mary' But said Christ: 'O Children of Israel! Worship Allah, my Lord and your Lord'" (in al-Quran)(5:72)


Berbeza dengan Islam, Kristian mempunyai pandangan akidah yang berbeza

Mengikut Bible, Jesus Christ ialah salah satu daripada three persons of the Trinitarian God (the Father, the Son and the Holy Ghost).

"For there are three that bear record in heaven, the Father, the Son and the Holy Ghost: and these three are one" (in Bible)(John 5:7)

Ini bermaksud bahawa Tuhan Bapa, Tuhan Anak, dan Tuhan Ruhul Qudus bukannya tiga tuhan tetapi satu tuhan.Itulah pandangan Christian





WaAllahua'lam. Paksu hanya menulis sekadar yang tahu.




Untuk perbincangan boleh ataupun tidak mengenai penggunaan nama Allah sila klik

Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah

 


3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. setuju dgn ahazeman, semasa perang Badar pun Abu Jahal berdoa kepada Allah untuk mengalahkan Muhammad, doanya dijawab Allah dalam surah Al-Anfal (x pasti ayat berapa)

    tapi saya tak nampak pun dalam artikel Maza mengatakan Arab Jahiliyyah menyembah Allatta dan AlUzza semata2, dan saya rasa Maza mesti particular bab-bab macam ni.

    ReplyDelete