Pages

Saturday, March 20, 2010

Sudah gaharu cendana pula


"Ja, apa pasal ada orang Islam tinggal solat. Diaorang tu tak tahu dosa ke?"

"Mestilah diaorang tahu. Dah besar panjang kot. Tapi kita kena bersangka baik juga. Mungkin mereka datang daripada keluarga yang tidak menekankan solat. Tapi kalau dah belajar, masih dok tinggal tu lain cerita la pula"

"Apa yang lainnya"

"Kalau sekarang umur dah umur 20 tahun, kiranya dah dekat 14 tahun kita belajar agama. Nak kata tak tahu dosa kalau tinggal solat tu, pelikla. Tapi biasalah kita ni, hidup macam Pak Pandir"

"Apa yang Pak Pandirnya"

"Satu hari Pak Pandir jalan-jalan keluar kampung. Katanya nak pergi tengok MU lawan Liverpool dekat stadium., walaupun memang Liverpool bakal kalah. Semasa berjalan di hadapan kedai Pak Abu, Pak Pandir ternampak satu benda hitam keperang-perangan. Pak Pandir yakin benda tersebut adalah tahi kucing. Tetapi disebabkan was-was, Pak Pandir melihat benda tersebut lebih dekat. Pak Pandir bertambah yakin bahawa benda tersebut ialah seketul tahi. Tapi disebabkan was-was Pak Pandir mendekatkan hidungnya kepada benda tersebut. Baunya macam tahi. Bertambah yakinlah Pak Pandir bahawa, benda tersebut ialah tahi. Tetapi disebabkan was-was Pak Pandir, merasakan dengan lidahnya. Memang sah benda ini tahi kucing. Kau nak tahu apa Pak Pandir kata lepas tu"

"Apa dia"

"Nasib baik aku tak terpijak tadi"

Kadang kita sudah tahu. Kadang kita sudah pun melaluinya. Tapi selalunya kita terlupa mengambil apa yang baik daripadanya. Benarlah kata John C Maxwell dalam kitabnya, Leadership Gold. 'Experience is nothing, an analysed experience can be everything"

1 comment: