Pages

Friday, January 8, 2010

Jesus Christ Bukan Untuk Di hina

Sebagai seorang muslim sememangnya saya mengakui bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Seperti mana yang telah yang dinyatakan dalam post sebelum ini, bahawa pada pandangan Islam, Allah itu Tuhan Yang Esa yakni tiada yang sekutu baginya. Rujuk surah al-Ikhlas 112:1-4

Saya juga memandang bahawa Jesus Christ dengan penuh rasa hormat kerana Jesus Christ @ Nabi Isa mengikut pandangan Islam ialah seorang hamba Allah yang beriman, manusia ciptaan Allah yang telah diangkat menjadi Rasul, untuk menyebarkan ajaran kepada pengikutnya bahawa Allah itu Tuhan Yang Esa.

"...But said Christ: 'O Children of Israel! Worship Allah, my Lord and your Lord'" (in al-Quran)(5:72)



Sebagai seorang Muslim saya wajib mencintai semua Rasul, baik Adam=Nabi Adam, Nooh/Noah=Nabi Nuh, Abraham/Ibraheem=Nabi Ibrahim, Mosses=Nabi Musa, Jacob=Nabi Yaakob, Joseph=Nabi Yusuf, Jesus Christ=Nabi Isa al-Maseh, dan Muhammad=Nabi Muhammad serta semua Rasul dalam kalangan mereka (peace be upon them).

Apa paksu ingin tegaskan di sini, anda mungkin seorang yang menentang penggunaan 'Allah' oleh non-Muslim. Anda juga mungkin seorang yang menyokong penggunaan istilah tersebut. Paksu menghormati kedua-dua pandangan tersebut selagi mana anda mempunyai hujah berasaskan dalil, menerusi pertimbangan nilai dan tidak menyokong/menentang keterlaluan mengikut emosi.

Bimbang dan rasa sangat tidak suka a.k.a benci, lahir dalam benak hati paksu apabila melihat dipaparan Facebook orang mengutuk Jesus Christ dengan perkataan-perkataan yang terlalu hina. Bukan paksu memuja Jesus Christ sebagai Tuhan, kerana paksu juga seorang muslim. Tetapi paksu menghormatinya sebagai seorang Rasul yang beriman.


Sedarlah wahai Muslim, sesungguhnya Islam tidak pernah mengajar kamu untuk mengutuk atau menghina, sembahan mereka yang bukan Islam. Sama sekali kita dilarang untuk menghina Jesus Christ yang dianggap Tuhan bagi orang Kristian, malahan begitu juga kepada dewa-dewa sembahan sahabat kita yang beragama Hindu. Bukan atas dasar kita Muslim percaya akan sembahan mereka itu, tetapi untuk mengelakkan pergaduhan dan pertelingkahan. Jelas tertulis dalam surah al-An'am (dalam al-Quran):


“Dan janganlah kamu cerca sembahan mereka yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan…” (6 : 108)



WaAllahu'alam


10 comments:

  1. THEY JUST DON'T GET IT...

    ReplyDelete
  2. I, as a Christian...says you have my blessing.

    Peace be upon you

    ReplyDelete
  3. its kind a hard to find understanding muslims like u especially when it cms to religion issues.....but im glad tat im surrounded by lovely n frendly muslim frens like u....Thank God..Peace be with u...

    ReplyDelete
  4. may God bless the harmony between us.. (^_^

    ReplyDelete
  5. Thanks for your understanding..

    ReplyDelete
  6. A christian here, God Bless You =)

    ReplyDelete
  7. old fren (from fikrah to bestari)(^-^)March 2, 2010 at 11:30 AM

    nice 1 u got there, amir..yup, i agree, jesus is not muslim's God, Allah is..but that does't mean muslim should disrespect jesus..All misunderstanding muslims and Christians should read this..ISLAM is PEACE!!

    ReplyDelete
  8. Christian here, agree with u, respect each other..thx 4 understanding..

    ReplyDelete
  9. You are a true follower of the Almighty God and today, you've shown me that Islam is a religion of peace. Thank you. God Bless you.

    ReplyDelete
  10. thank God if all christians & musims will accept this.im islam lover,lets not cursing & respect each other-yuie

    ReplyDelete