Pages

Saturday, October 31, 2009

Pengorbanan

‘Apa itu Cinta?’

‘Cinta itu kasih sayanglah’

‘Bukan, Cinta bukan sebegitu, jika hanya begitu, Cinta ibarat kurap, makin digaru makin sedap’

‘Habis Cinta itu bagaimana? Bukankah Cinta itu, aku perlu kamu, kamu perlu aku?’

‘Cinta bukan hak milik tetapi anugerah. Cinta ialah kasih sayang yang tidak terhingga disertai pengorbanan yang sedia diduga’

Sambung Rafar…

‘Apabila kamu Cinta akan manusia, ia bererti kamu rela berkorban apa sahaja kepadanya, dan jika Cinta kamu kepada manusia ialah Cinta Buta, kamu rela ditipu si dia walaupun dalam keadaan kamu sedar. Habis semua harta, maruah, agama dan keluarga. Semuanya punah’

Rafar memandang ke langit…

‘Apabila kamu Cinta pada Tuhan, ia bererti kamu rela berkorban apa sahaja kepada-Nya. Biarlah hilang semua harta, punahlah segalanya, kerana kamu yakin bahawa Tuhan akan kembali menggantikan kaca kepada permata. Apa yang kamu mahu, kamu akan bersama si dia, ibu ayah, keluarga dan semua yang tersayang di dalam syurga yang tiada penghujung kisahnya’

Firman Allah swt:

“Barang siapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan” (terjemahan an-Nuur: 52)

No comments:

Post a Comment