Pages

Saturday, May 28, 2011

Rafah Et Deena: Episod 4

"Segala kebesaran dan kepujian adalah untuk Allah sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah, setiap pagi dan petang. Aku menghadapkan mukaku kepada (Tuhan) yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan tunduk menyerah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan orang yang mensyirikkan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk golongan orang yang berserah diri"

Sebelum aku bertemu dengan Ustaz Zul dulu, aku sering tertanya-tanya mengapa aku hidup di dunia. Adakah keberadaan aku sekadar memenuhi putaran alam. Aku hidup daripada benih ibu dan ayah, dan sebelum aku meninggalkan alam ini, aku meninggalkan benih supaya putaran hidup yang sama terus berlansung. Tapi siapakah aku sebenarnya, dan dimanakah tempatku, selepas nyawaku terpisah daripada jasad. Adakah aku akan lenyap sebegitu sahaja, lenyap ditelan tanah dan dimamah masa.

Satu demi satu soalan sebegini tidak terungkai. Akhirnya aku menyerah, kerana tiada siapa yang mahu ambil peduli, tiada siapa yang mahu memberi tahu.

Wednesday, September 15, 2010

Ustaz Azhar Idrus - Kahwin Cepat Cepat



Video ni disampaikan oleh seorang super senior dari Melbourne.

Tapi video ni saya sampaikan kepada adik beradik saya yang dah lanjut usia ^^

Tuesday, September 7, 2010

If he...



Thanks Sheik for sharing this meaningful video!! ^^

Sunday, September 5, 2010

Jalan TAR

Salah seorang adik beradik paksu kerja Sime Darby. Kadang-kadang terpaksalah hantar dia pergi kerja dekat Jalan Raja Laut nun. Nasib baik selalunya hantar pagi-pagi, tak adalah jam sangat Lebuhraya Persekutuan tu. Sapa suruh jadi adik bongsu, terpaksalah menghantar sampai ke tempat kerja untuk pinjam kereta dia. Tu pun dah kira baik dia bagi kan.

Satu hari paksu nak pinjam kereta dia sebab nak pergi Jalan Semarak. Disebabkan paksu budak Selangor, so tak retilah sangat jalan dekat KL tu (yeke??). Senang cerita paksu bahasakan adik beradik paksu ni sebagai 'Along' (bukan nama sebenar).

*gambar hiasan je (Jalan TAR)


"Along, camna nak pergi Jalan Semarak, ada kerja sikit dengan sponsor pagi nih"

"Dari Jalan Raja Laut, adik straight je, lepas tu ada dua simpang"

"Then..."

"Ambil simpang kiri. Masuk lah Jalan TAR"

"Baguslah tu amir, tanya sheikh Google Maps, dia kata Jalan Tun Abdul Razak boleh masuk Jalan Semarak..."

"Yela kot" (pulak dah)

"Jab Along, Jalan TAR tu, Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Jalan Tun Abdul Razak??"

"AAaaa tak sure la I"

Tu lah kita kadang-kadang kerja berbulan dekat KL Jalan TAR pun tak tau nama penuhnya. Kita selalu memang begitu. Semua benda tahu on the surface je.

Kita nih dah berapa tahun jadi Muslim. Agaknya bila non-Muslim tanya 'What is Islam??' Apa ye agaknya jawapan kita??

Agaknya jawapan kita camni ke??

"U know what. Pakai tudung. Puasa bulan Ramadhan. Alah U ni takkan dah lama kawan dengan I pun U tak tau!!"

Mungkin sebab jawapan kita tu, kita menyebabkan mereka hilang minat untuk Islam. Nak buat camna, orang nilai individu selalunya dari pakaiannya. Orang nilai Islam pada orang Muslim nya.

Pesanan Penaja
Kita nih Muslim. Kalau kita tak baca al-Quran dan ikut Sunnah, siapa lagi?? Nak harap alien mana tolong baca untuk kita??

Samalah juga jika anda seorang Christian. Anda perlu kembali baca Bible anda. Hindu? Baca kembali Veda anda.

Jangan kita ini, jadi penganut agama, tetapi sebenarnya sekadar pada IC sahaja. Jangan jadikan agama anda sekadar ikutan tanpa fahaman.


Sekadar berkongsi jika anda mahu tahu lebih lanjut tentang Islam. Some of the writers is Orang Putih. Klik sini


Believe me ^^
AllahLuvYou

Saturday, September 4, 2010

SEED??

Beberapa hari lepas terserempak dengan Video Promo SEED? Benda apa pun tak tahu. Tapi ada bacalah juga comment super senior dekat FB nun. Baca juga seimbas lalu blog CNN nih. Lepas tengok macam menarik dan ilmiah sahaja, dengan tanpa segan silu saya meletakkan poster terbarunya dalam blog saya.


Kita menyokong sesiapa sahaja yang cuba membawa kebaikan walaupun siapa mereka, selagi kena pada budi dan cara




Friday, September 3, 2010

Taklimat Dinar Emas Kelantan



Anda boleh memilih untuk menyokong atau membantah penggunaan Dinar Emas. Jika sokong sebarkan pada kawan anda, jika tidak buktikan ia salah dengan fakta. Kita menghormati pandangan yang bersifat ilmiah.

Sunday, August 22, 2010

Peace Under One God



Peace be upon you, Salam!! Shalom!!

"O mankind! We created you from a single (pair) of a male and a female, and made you into nations and tribes, that ye may know each other (not that ye may despise (each other). Verily the most honoured of you in the sight of Allah is (he who is) the most righteous of you. And Allah has full knowledge and is well acquainted (with all things)."
Quran (49:13)



Let's live together peacefully...

God in Islam

Allah said in the Quran, in al-Ikhlas, Chapter 112, Verse 1 to 4
"Say: He is Allah the One and Only; Allah, the Eternal, Absolute; He begetteth not, nor is He begotten; And there is none like unto Him."

AllahLuvYou

Monday, August 16, 2010

Must Watch!!



Thanks for Nabelle for sharing this video in FB

Monday, July 26, 2010

Logo blog




Masa terluang diisi dengan melukis poster dan logo

Thursday, June 24, 2010

Don't Jaga Tepi Kain I

Satu malam di kawasan perumahan yang Canggun (ie. canggih dan anggun), kelihatan kelibat dua orang pemuda berbaju hitam.  Tetapi hairan, kenapa berbaju hitam. Kenapa memakai topeng muka. Siap memegang senjata kegemaran Counter Strike - M16. Hairan yang kedua, sebelum tiba di rumah yang paling kecil dan Rodoh (ie rongak dan hodoh), sempat pula bersalaman dengan jiran-jiran di situ yang memiliki rumah banglo yang besar-besar. Kata salah seorang pemuda berbaju hitam, "We will just take something that belongs to us, we'll hurt nobody. Don't worry!" sambil melambai jiran-jiran itu. Semua menjawab, "We know."
 Sampai di rumah Rodoh itu, "Tuk, tuk...  We are the Good Mans who want to take our things back."  Jawab tuan rumah, "It's understood. Just coming in. Take whatever you want." kata si suami kepada keluarga di rumah itu politely. Sambil mengambil barang kemas pusaka arwah ibu kepada si isteri, salah seorang Good Mans berkata kepada si suami, sambil merenug si isteri, "I want to lay with her tonight. Right now!" 

Jawab si suami, "All right! Just take your time! Take her gently!"

Sebelum kedua-dua Good Man itu keluar, si anak perempuan berkata sambil tersenyum. "Don't forget to kill my mom and dad, okay!" Terdengar dua das tembakan. "Tuffff... Tuffff..."

"Hooraayy!!! Hooraayy!!! My mom is dead. Yeah, I have nobody now." Sorak anak kecil itu

Esoknya, si anak kecil itu keluar melawat jiran-jirannya.

"Hello Aunty! I have a present for your family." kata si anak kecil sambil menyerahkan sejambak mawar putih yang layu kepada jirannya.

"Thanks little child. This is really beautiful."

Dalam jambangan bunga itu terdapat satu kad yang bertulis.

"THANK YOU FOR YOUR COOPERATION LAST NIGHT. REMEMBER. DON'T JAGA TEPI KAIN I"

Jiran itu tersenyum bangga kerana dapat menggembirakan hati anak kecil itu.





 












p/s
-isu post ini adalah isu Palestine
-isu kedua isu ketidakfahaman bagi ayat "Jangan tepi kain orang"
-bukan niat paksu memainkan emosi sesiapa atau meringkaskan peristiwa di Palestin
-yang paksu harap, kita memulakan langkah untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat Islam khususnya, dan semua manusia amnya.
-isu palestin bukan sekadar isu agama Islam semata-mata. Ia juga isu kemanusiaan.
-paksu yakin andai ada negara bukan Islam yang dikecam seperti mana Palestin dikecam, umat Islam turut akan membantu. InsyaAllah.

I am a muslim but I am not a TERRORIST