Pages

Tuesday, June 22, 2010

Cuit-cuit Ustaz Cambridge

Seorang anak muda berasa tidak berpuas hati akan rakannya yang selalu sahaja mengajaknya solat DI ATAS PADANG. Lalu untuk mendapat justifikasi, dia bertemu dengan Ustaz Zul. Salah seorang Ustaz graduan daripada Cambridge dalam Religious Study.

"Ustaz saya tak berpuas hati dengan kawan saya yang berlagak alim tu?"

"Siapa?" jawab Ustaz Zul.

"Adalah, saya tak naklah mengumpat, tak nak makan daging kawan sendiri." Dalam hati Ustaz Zul berbisik, "Tau takpa"

"Apa yang dia buat pada kamu"

"Saya bencilah dekat dia, ada ke patut dia ajak saya pergi sembahyang. Nak ajak pun biarlah berhikmah!" Suaranya ditinggikan. Perhaps his adrenaline increases.

Ustaz Zul membetulkan kerusinya. Cerita semakin menarik! "Macam mana dia ajak?"

"Setiap petang Sabtu kami main bola di Petaling Jaya. Selalunya start pukul 3pm. Bila kedengaran azan, boleh dia ajak kawan-kawan stop main bola. Lepas tu, dia ambik satu botol air mineral kecik kongsi tiga orang. Mana nak cukup. Suruh ambik yang wajib je. Tak senonoh. Lepas itu, sembahyang peluh-peluh atas padang. Pakai baju T-shirt yang sama. Cacatlah dia tu!"

Ustaz Zul ketawa, dah tak dapat tahan lagi. Lalu berkata,

"Kamal, agaknya dekat padang Petaling Jaya itu tak ada surau yang terdekat." Kamal mengangguk.

"Agaknya, dekat padang tu tak ada paip air, betul? Bumbung lagilah tak ada. Kalau ada kira lagi hebat daripada stadium dekat Piala Dunia Afrika nun"

"Yela!" Jawab pemuda itu, mimik mukanya menunjukkan ketidakpuashatian kerana Ustaz Zul seolah-olah mentertawakannya.

"Kamal, agak-agaklah zaman Nabi dulu masa Nabi SAW berjalan-jalan atas padang pasir tu ada batang paip air ke? Saya rasa kalau pakai 5 orang untuk satu botol pun cukup. Tak adalah membazir air. Bab baju tu, Ustaz rasa sesuai sangatlah pakai T-shirt tu, kalau pakai baju Melayu tengah padang lepas itu berpeluh balik agaknya lagilah orang kata kamu gila. Solat atas padang, tak ada masalah. Allah swt menghadiahkan seluruh tanah di bumi ini untuk hamba-Nya sujud kepada-Nya. Tak payah nak ada Imam baca jampi supaya tempat itu suci untuk solat. Islam itu mudah. Kalau tak ada alas pun tak apa, selagi kamu pastikan tempat kamu sujud itu bersih daripada najis."

"Yeke? Kalau macam itu saya balik dululah Ustaz." bingkas keluar daripada office Ustaz Zul

"Jab habis selalunya kamu solat dekat mana?"

"Saya solat pukul 7.20pm. Boleh tunggu Maghrib sekali." jawab Kamal selamba, dan berlalu pergi.

Ustaz Zul menggarukan kepala, sambil berkata kecil kepada diri, "Sabar jelah budak zaman sekarang."

1 comment: