Pages

Wednesday, May 23, 2012

Kita Seorang Anak


Kehidupan seorang manusia

[Janin]
Dalam perut ibu yang ditanggung dengan susah payah selama 9 Bulan. Ibu muntah-muntah, hari-hari penat. Ayah pula sentiasa risau.

[Bayi, si kecil comel]
Lahir, dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh ibu bapa. Ibu ayah mula tidak fikir untuk diri mereka demi membeli susu dan lampin anak-anak.

[Kanak-kanak riang!]
Main buaian, berebut alat mainan dan main masak-masak. Ibu penat mengemas barang yang disepahkan. Sehari lebih daripada tiga kali. Ayah membeli kereta mainan, terlupa beli baju sendiri.

[Remaja cute + kacak + Sweet Seventeen]
Mula masuk sekolah, kemudian sambung ke pengajian tinggi. Zaman mencari cinta, kemaruk cinta, putus cinta. Ibu hari-hari bangun awal pagi sebelum subuh menyiapkan sarapan. Kadang ibu sebelum itu tidur lewat sebab menyiapkan kerjanya, tapi masih bangun awal. Ayah semakin lupa tentang diri sendiri, sibuk menyimpan duit dan membeli keperluan anak-anak.

[Pra-Matang & Dewasa]
Bekerja, membalas jasa ibu ayah, keluarga dan berbakti kepada masyarakat. Ada yang kadang lupa diri sehingga menengking ibu ayahnya. Kita lupa yang kita berjaya hari ini kerana berkat doa ibu dan tangisan ayah secara diam.

[Dewasa Matang]
Kahwin, mendidik diri sebagai suami dan ayah yang soleh dan hebat

[Tua]
Menimang cucu, sembang-sembang orang tua dan mula nyanyuk

Kemudian? Kita pasti mati.

Jangan lupa doa untuk ibu dan ayah. Tanpa mereka siapalah kita.

Video khas untuk semua yang bergelar seorang anak. Bagi sahabat yang belajar di luar negara, maafkan saya ye...

Ibnu Hashim
23 Mei 2012
Cardiff, Wales

No comments:

Post a Comment