Pages

Saturday, May 28, 2011

Rafah Et Deena: Episod 4

"Segala kebesaran dan kepujian adalah untuk Allah sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah, setiap pagi dan petang. Aku menghadapkan mukaku kepada (Tuhan) yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan tunduk menyerah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan orang yang mensyirikkan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk golongan orang yang berserah diri"

Sebelum aku bertemu dengan Ustaz Zul dulu, aku sering tertanya-tanya mengapa aku hidup di dunia. Adakah keberadaan aku sekadar memenuhi putaran alam. Aku hidup daripada benih ibu dan ayah, dan sebelum aku meninggalkan alam ini, aku meninggalkan benih supaya putaran hidup yang sama terus berlansung. Tapi siapakah aku sebenarnya, dan dimanakah tempatku, selepas nyawaku terpisah daripada jasad. Adakah aku akan lenyap sebegitu sahaja, lenyap ditelan tanah dan dimamah masa.

Satu demi satu soalan sebegini tidak terungkai. Akhirnya aku menyerah, kerana tiada siapa yang mahu ambil peduli, tiada siapa yang mahu memberi tahu.



Ibu dan ayahku orang melayu, tetapi aku dibesarkan di luar negara. Hidup serba mewah, dibelai orang gaji dan aku hanya melihat wajah ibu dan ayah beberapa kali sebulan. Mereka berdua tokoh korporat, sering outstation. Sebut sahaja nama negara di eropah ini, rumah kami ada di situ. Namun kemewahan bukan segalanya, seorang manusia perlukan kasih sayang terutama daripada seorang ibu dan seorang ayah. Aku sesat dalam kemewahan ini. Yang aku tahu aku juga seorang muslim.

14 tahun itulah usia aku mula mengenal rokok dan arak. Aku kenal daripada seorang sahabat, Michael. Mulanya sekadar mencuba dan ingin tahu, tapi namun lama kelamaan aku ketagih. Aku sembunyikan perkara ini daripada ibu dan ayahku. Kemudian aku mula terjebak dengan parti. Michael juga lah yang membawa aku pergi ke parti sebegini. Aku tak mengenal pasti batas halal dan haram. Aku hanya mengikut. Yang aku tahu sama ada seronok atau tidak. Kalau ke parti kami hanya berbual kosong, minum-minum dan pulang dengan mabuk. Orang gajiku selalu kahsian melihat keadaanku tapi aku selalu berjaya memujukkannya agar menyembunyikan perkara ini daripada kedua ibu dan ayahku.

Kesilapan demi kesilapan terus aku buat. Dunia terasa indah. Aku tahu aku berbuat silap, masakan kalau tidak aku perlu menyembunyikannya daripada ibu dan ayah. Bila hari ini aku tersedar, benarlah Firman Tuhan yang bermaksud:

Dan (ingatkanlah peristiwa kebinasaan) Aad (kaum nabi Hud) dan Thamud (kaum Nabi Soleh) dan telahpun ternyata kepada kamu sebahagian dari bekas-bekas tempat kediaman mereka dan (kebinasaan mereka yang demikian ialah disebabkan) Syaitan memperindah pandangan mereka amal-amal mereka (yang jahat itu), sehingga menghalangi mereka dari jalan Allah, padahal mereka orang-orang yang bijak pandai dan berakal (yang dapat membezakan yang benar dan yang salah) [al-Ankabut: 38]

Tanggal 21 Januari 2007 merupakan hari yang tidak boleh aku lupakan. Hari tersebutlah aku telah direman oleh polis. Parti yang aku hadiri menghidangkan dadah tapi aku tidak tahu mengenai itu, aku hanya menghadirinya. Jelas sekali ini memberi tamparan buruk kepada kedua ibu bapaku yang merupakan tokoh korporat muslim. Aku dikurung  di dalam rumah selama dua bulan. Ya benar memang aku salah, tetapi kenapa aku dihukum sebegitu rupa.

Bisik hatiku, "Aku tidak tahan lagi, aku mesti pergi."

bersambung...

No comments:

Post a Comment