Pages

Sunday, September 5, 2010

Jalan TAR

Salah seorang adik beradik paksu kerja Sime Darby. Kadang-kadang terpaksalah hantar dia pergi kerja dekat Jalan Raja Laut nun. Nasib baik selalunya hantar pagi-pagi, tak adalah jam sangat Lebuhraya Persekutuan tu. Sapa suruh jadi adik bongsu, terpaksalah menghantar sampai ke tempat kerja untuk pinjam kereta dia. Tu pun dah kira baik dia bagi kan.

Satu hari paksu nak pinjam kereta dia sebab nak pergi Jalan Semarak. Disebabkan paksu budak Selangor, so tak retilah sangat jalan dekat KL tu (yeke??). Senang cerita paksu bahasakan adik beradik paksu ni sebagai 'Along' (bukan nama sebenar).

*gambar hiasan je (Jalan TAR)


"Along, camna nak pergi Jalan Semarak, ada kerja sikit dengan sponsor pagi nih"

"Dari Jalan Raja Laut, adik straight je, lepas tu ada dua simpang"

"Then..."

"Ambil simpang kiri. Masuk lah Jalan TAR"

"Baguslah tu amir, tanya sheikh Google Maps, dia kata Jalan Tun Abdul Razak boleh masuk Jalan Semarak..."

"Yela kot" (pulak dah)

"Jab Along, Jalan TAR tu, Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Jalan Tun Abdul Razak??"

"AAaaa tak sure la I"

Tu lah kita kadang-kadang kerja berbulan dekat KL Jalan TAR pun tak tau nama penuhnya. Kita selalu memang begitu. Semua benda tahu on the surface je.

Kita nih dah berapa tahun jadi Muslim. Agaknya bila non-Muslim tanya 'What is Islam??' Apa ye agaknya jawapan kita??

Agaknya jawapan kita camni ke??

"U know what. Pakai tudung. Puasa bulan Ramadhan. Alah U ni takkan dah lama kawan dengan I pun U tak tau!!"

Mungkin sebab jawapan kita tu, kita menyebabkan mereka hilang minat untuk Islam. Nak buat camna, orang nilai individu selalunya dari pakaiannya. Orang nilai Islam pada orang Muslim nya.

Pesanan Penaja
Kita nih Muslim. Kalau kita tak baca al-Quran dan ikut Sunnah, siapa lagi?? Nak harap alien mana tolong baca untuk kita??

Samalah juga jika anda seorang Christian. Anda perlu kembali baca Bible anda. Hindu? Baca kembali Veda anda.

Jangan kita ini, jadi penganut agama, tetapi sebenarnya sekadar pada IC sahaja. Jangan jadikan agama anda sekadar ikutan tanpa fahaman.


Sekadar berkongsi jika anda mahu tahu lebih lanjut tentang Islam. Some of the writers is Orang Putih. Klik sini


Believe me ^^
AllahLuvYou

3 comments:

  1. ak drive hntar ko kut haritu..yeah2,hehe.

    ReplyDelete
  2. ingt kot kau tulis psl jln tar tu nk citer psl bli baju raya. haha! but nice post! jd pgi lah fcr.

    ReplyDelete