Pages

Saturday, May 28, 2011

Rafah Et Deena: Episod 4

"Segala kebesaran dan kepujian adalah untuk Allah sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah, setiap pagi dan petang. Aku menghadapkan mukaku kepada (Tuhan) yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan tunduk menyerah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan orang yang mensyirikkan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk golongan orang yang berserah diri"

Sebelum aku bertemu dengan Ustaz Zul dulu, aku sering tertanya-tanya mengapa aku hidup di dunia. Adakah keberadaan aku sekadar memenuhi putaran alam. Aku hidup daripada benih ibu dan ayah, dan sebelum aku meninggalkan alam ini, aku meninggalkan benih supaya putaran hidup yang sama terus berlansung. Tapi siapakah aku sebenarnya, dan dimanakah tempatku, selepas nyawaku terpisah daripada jasad. Adakah aku akan lenyap sebegitu sahaja, lenyap ditelan tanah dan dimamah masa.

Satu demi satu soalan sebegini tidak terungkai. Akhirnya aku menyerah, kerana tiada siapa yang mahu ambil peduli, tiada siapa yang mahu memberi tahu.