Pages

Saturday, October 31, 2009

Senyum Selalu



Hadis dari Abu Dzar R.A. bahawa Rasulallah SAW yang bermaksud "Tidak ada lain dari anak Adam itu sedekah pada tiap-tiap hari yang naik matahari padanya."
Bertanya para sahabat, "Dari mana datangnya harta untuk kami bersedekah wahai Rasulallah?"



Sabda Nabi, "Bahawa pintu-pintu kebajikan itu banyak; Tasbih, Takbir, Tahlil, Amar makruf dan mencegah mungkar, membuang duri di jalan, mendengar orang pekak, menunjuk jalan kepada orang buta, menunjuk arah perjalanan kepada yang meminta ditunjuk, memberi air minuman kepada yang dahaga, menolong meringankan beban orang yang tidak berdaya. Semua itu sedekah bagi diri kamu." Malah dalam riwayat yang lain menambah, "Senyum anda terhadap saudara anda adalah sedekah." Hadis riwayat Ibn Hiban dan Al Baihaqi.



Ini adalah sebuah hadis yang dikira cukup baik yang memerlukan setiap orang berfikir, dapat mengetuk dan membuka pintu hati dan jiwa manusia kearah kebajikan dan juga dapat mengikat diri manusia dengan kasih sayang dan cinta yang mendalam.



 

Pantun Senyum 




Inginku petik si bunga seroja


Gugur sekuntum di tepian titi


Bersopan santun akhlak terpuja

Senyuman manis menambat hati





p/s Mr. Zaidi kata kita kena latih diri senyum walaupun kita layak untuk memarahi orang (eg. baru lepas kena ejek)

Siapakah Kita



Jom perbaiki solat kita (-_-)

Topaz Rawk(Rock)

For your information there are 4 houses in KYUEM -Topaz, Garnet, Sapphire, Diamond

Semalam

UB: (SMS) Amir, breakfast at 6.50am. Topaz kumpul kat basketball court at 7.10am. Tolong kejut Zar. Thanks

Paksu: (SMS)I’hv already told him. InsyaAllah

Pada hakikatnya, banyaklah manusia daripada semua house sibuk berlatih petang semalam. Tak termasuk paksu (target nak jalan je masa marathon). Namun, malam semalam hujan tak berhenti dengan lebatnya. Tidaklah diketahui apakah yang terjadi di kampung Diamond. Selalunya banjir. Semalam ramai juga yang tidur lambat (study kot), termasuklah paksu. Jam menunjukkan 1 am, langit masih menangis.

Terdengarlah desas-desus, siapakah yang akan memenangi marathon esok??

6.50am at Dining Hall

XY: Alamak makan cocoCrunch je, mana cukup nanti nak marathon.

QW: Bersyukurlah ada makanan, keje nak ‘complain’ je. Ingatlah firman Allah :

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta akal fikiran supaya kamu bersyukur” (an-Nahl: 78)

QW: (sambungan) so, malas nak layan ko, pandai-pandai la insaf.

Sememangnya dialog di atas rekaan semata-mata. Nak tambah unsur mistik sket (ada ke?)

Dialog sebenar.

XY: Woo, bestnyer hujan, mesti tak da marathon, boleh la tidur. (semua orang tersenyum tanda bersetuju)

Tiba-tiba jejaka UB letak makanan berhampiran dengan kami

Paksu: UB ada marathon tak? Kata nak kena ’start’ 7.30am

UB: Should be at 7.30am la. But SC just informed me that, we will wait until 9am, kalau hujan lagi, kita lari dalam hujan la.

Semua: (semua orang terkesima, kecewa, putus harapan dan DOWN!!)

9.00am (walking to guard house)

Ketika hujan masih turun.

XY: Amir, ko doa la minta doa hujan lebat sket. Nanti ada peluang la nak menang

Paksu: (sebenarnya tak paham apa kaitan hujan lebat dengan peluang nak menang tapi dengan nada lawak paksu menjawab) Aku tak nak bersubahat, nanti ramai orang demam.

Maka, ketika hujan masih membasahi pipi, kami memulakan larian. Entah kenapa, semalam cadang nak jalan sahaja, tapi terkenang budak-budak Topaz lain pun sama-sama berhempas pulas untuk menang, paksu turut berlari (sebenarnya jalan lagi banyak daripada lari_jangan bagitau orang lain tau). Ketika sampai kembali di hadapan ‘guard house’ semangat paksu bertambah lantaran ramai budak Topaz (yang dah lama ‘giler’ sampai) tunggu di situ untuk memberi semangat. Sampai ke penamat. Syukur juga sampai, siap sumbang 2 points dekat Topaz tuuuu..

Penyampaian Hadiah

Ketika majlis ini, semua house sangat bersemangat. Rasa macam membara semangat mereka. Akhirnya, diumumkan keputusan.

The Most Participative House is…… Garnet (semua budak garnet bersorak dengan nada bangga)

The House of Healthiest Heart is the House of Rawk(Rock), TOPAZ…

Budak Topaz semua bersorak dengan penuh semangat dan bangga ” T-O-P-A-Z- Go Topaz!!!”

Kalaulah Kita Faham

Sewaktu balik, terdetik juga rasa di hati, alangkah indahnya, jika semangat yang sebegitu membara, sehingga lautan hujan sanggup direnangi, jika semangat ini ditukar untuk Islam, sudah pasti Tanah Palestine sudah kembali kita miliki. Ameen

Taklim (Wednesday night)

Kebiasaannya, jika ada kolej event, InsyaAllah, Topaz akan buat taklim. Mula-mula cerita pasal ‘event’ tersebut, dan diakhiri dengan sedikit Tazkirah.

“Aku harap kita semua faham, kita janganlah rasa rendah diri sehinggakan kita malu untuk pergi ke Surau, untuk solat jemaah atau dengar tazkirah. Sebab Surau atau masjid, bukan untuk budak-budak sekolah agama atau yang nampak macam alim sahaja, tapi untuk kita semua.”

“Mungkin kita rasa malu sebab, kita ni selalu ‘kantoi’ tak solat, atau selalu tengok ‘porn’, tapi aku harap kita faham bahawa Allah SWT akan menerima kita jika kita bertaubat : “Tetapi barangsiapa yang bertaubat setelah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun Maha Penyayang” (al-Maidah: 39)

Pantun TOPAZ

Duduk menjahit di batang pinang,

Jari terluka terkena jarom,

Alhamdulillah Topaz dah menang,

Mari solat di Masjid jom

Kepercayaan Kepada Tuhan

Selepas melalui Kursus Kenegaraan Biro Tatanegara, Rukun Negara yang lima itu terasa lebih bermakna. Sekadar menjadi penghias muka surat di belakang buku tulis itu bukanlah matlamat yang ingin dicapai. Menghayati Rukun yang lima itu menjadikan diri ini lebih menyayangi agama, negara, bangsa dan diri-sendiri.

Maka kami rakyat Malaysia akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan Kepada Tuhan

Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan Dan Kesusilaan

Kepercayaan Kepada Tuhan

Seorang guru berkata pada dirinya bahawa dia tidak percaya akan kewujudan Tuhan dan dia berasa sangat bertanggungjawab untuk mengajarkan kepercayaannya kepada orang lain. Pagi itu dia mengajar murid darjah satu.

‘Anak-anak nampak tak pen yang cikgu pegang ini?’ katanya kepada muridnya sambil memegang sebatang pen.

‘Nampak cikgu!’ jawab kanak-kanak

‘Pen ada ke tak ada?’ soalnya lagi

‘Ada cikgu!’ jawab murid-murid serentak. Mendengar jawapan itu, guru tersebut lantas menyorokkan pen itu ke dalam kocek seluarnya.

‘Sekarang nampak tak pen tadi, pen tadi ada ke tak ada?’ soal guru tersebut.

‘Tak nampak cikgu, pen dah tak ada cikgu!’

‘Pandai anak-anak, sekarang cuba kamu cari TUHAN, nampak tak?’ guru itu menyambung persoalan.

Maka riuh-rendahlah kelas pada pagi itu kerana semua murid . Semua sibuk mencari TUHAN di bawah meja, di belakang almari dan sebagainya.

‘Kami tak nampak TUHAN cikgu!’ kata murid-murid kepada guru mereka

‘Jadi TUHAN ada ke tak ada?’ tanya guru itu kepada mereka.

‘Tak ada cikgu!’ jawab mereka secara serentak. Guru itu tersenyum kerana dia sudah berjaya mengajarkan kepercayaannya kepada kanak-kanak itu. Tiba-tiba seorang murid yang nakal dan selalu membuat bising di dalam kelas berdiri di hadapan.

‘Kawan-kawan, awak semua nampak tak otak cikgu?’ tanya budak itu kepada rakan-rakannya.

‘Tak nampak!’ riuh-rendah jawapan yang kedengaran.

‘Kawan-kawan, cikgu ada otak tak?’ tanya budak itu lagi.

Tidaklah semua benda yang tidak kelihatan itu membawa maksud mereka tiada wujud sama sekali. Bagaimana dengan angin, bukankah kita tidak dapat melihat angin, tetapi kita tahu akan kewujudannya apabila ia meniup dedaun supaya melambai kepada kita. Bagaimana dengan nyawa, bukankah kita dapat melihat nyawa, tetapi jika tiada nyawa, sudah pasti kita sudah dipulangkan kepada tanah.

Walaupun apa agama yang dianuti anda, percaya akan kewujudan Tuhan merupakan Rukun sebagai anak Malaysia.

Kepercayaan Kepada Tuhan di dalam Islam

“Katakanlah (wahai Muhammad), ‘(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan segala makhluk untuk bermohon sebarang hajat. Ia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tiada siapa pun yang serupa dengan-Nya’”

(terjemahan al-Ikhlas 112:1-4)


Terima kasih yang tidak terhingga buat ketua fasilitator, fasilitator, ketua jurulatih, jurulatih dan rakan-rakan di BTN

3 4 Hari di KYUEM

Khamis Malam Jumaat (Cafe)

Syaz: Hari kita akan lebih bermakna kalau kita sedekah pahala dan doa dekat ‘parents’ kita walaupun mereka masih hidup

Han: Jika kita nak berjaya kita kena set ‘goal’. Contoh dalam bab ’study’, kita target nak pergi Imperial. Cerita orang yang berjaya hanyalah cerita mereka, kita macam mana?

Shei: ‘Scroll’ dalam Kunfu Panda ajar kita bahawa untuk berjaya, usaha kita sendiri yang mampu mengukir pencapaian kita, bukan ‘parents’ atau bukan cikgu.


Paksu : According to 2nd habit of 7 habit of highly effective people written by Stephen Covey…. bla,bla.. Begin With The End In Mind (buat macam power je, walhal baca chapter tu je..)

Semalam

Paksu berjalan dengan seorang sahabat, tiba-tiba disapa oleh seorang sahabat.

XY: Amir, kalau nak aku pergi Sex Education boleh ke? (dalam nada lawak dan blur)

Hasil pertanyaan tersebut, paksu dan sahabat paksu tadi terus pergi ke seminar Sex Education tersebut. When we were entering the Lecture Theatre, we got all eyes on us? (cam bunyi perasaan je)

Dalam LT2 tersebut

DR X: If you don’t want to get STD (Sex Transmitted Diseases) or unplanned pregnancy, say ‘NO’ to sex before marriage.

Paksu: An(bukan nama sebenar), I think what did she say just now is ‘Islamik’, isn’t it?

An: Yela…. (tersenyum)

9pm tadi

Mr Hanson: If I have another chance to reverse to my young age, I will choose to Not Smoke. Emm.. Anybody has cigarette?? (hahaha…)

Rabu Malam Khamis (Kampung Topaz_11PM)

UB: we have set our first team runner to have a proper training tomorrow… bla bla..

Pada hakikatnya, semua house pun bercadang nak training, sekali hujan daa..

Fakta Menarik

KYUEM students : more than 450

present for Sex Educ. : more than 100

present for ‘No Smoking’ forum : plus minus 30

Chemistry Practical_Average feedback : Kacang giler tapi risau la, takut paper laen susah. Dengar cerita seorang budak SC dapat ’solution’ lain masa practical tu, patut la buat experiment tak jadi-jadi, nasib baik dapat extra 5 minutes (dugaan budak dirinya)

History: The questions was not too easy, but it can be answered laaa.. (kesian dekat diorang kena jawab 3/4 essays tu)

Physic Practical : sama je macam Chemistry Practical… (malas nak tulis, sebab diri sendiri yang menjawab paper tersebut)

Thank U so Much for Student Council for organizing Health Awareness Week

(kesian dekat korang, tengah exam pun nak kena buat kerja_ apapun Tabik Spring!!)

Pengorbanan

‘Apa itu Cinta?’

‘Cinta itu kasih sayanglah’

‘Bukan, Cinta bukan sebegitu, jika hanya begitu, Cinta ibarat kurap, makin digaru makin sedap’

‘Habis Cinta itu bagaimana? Bukankah Cinta itu, aku perlu kamu, kamu perlu aku?’

‘Cinta bukan hak milik tetapi anugerah. Cinta ialah kasih sayang yang tidak terhingga disertai pengorbanan yang sedia diduga’

Sambung Rafar…

‘Apabila kamu Cinta akan manusia, ia bererti kamu rela berkorban apa sahaja kepadanya, dan jika Cinta kamu kepada manusia ialah Cinta Buta, kamu rela ditipu si dia walaupun dalam keadaan kamu sedar. Habis semua harta, maruah, agama dan keluarga. Semuanya punah’

Rafar memandang ke langit…

‘Apabila kamu Cinta pada Tuhan, ia bererti kamu rela berkorban apa sahaja kepada-Nya. Biarlah hilang semua harta, punahlah segalanya, kerana kamu yakin bahawa Tuhan akan kembali menggantikan kaca kepada permata. Apa yang kamu mahu, kamu akan bersama si dia, ibu ayah, keluarga dan semua yang tersayang di dalam syurga yang tiada penghujung kisahnya’

Firman Allah swt:

“Barang siapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan” (terjemahan an-Nuur: 52)

Bukti Diriku Mencintai DIA : Part 1

Selepas dimarahi oleh beberapa orang rakan kerana sudah lama tidak meng’Update’kan blog ini, rasanya tiba-tiba jari-jemari ini ingin bermain di atas papan kekunci usang ini. Sebelum itu mari kita lihat kata-kata 2 orang sahabat Paksu tentang blog ini.

Malam Cultural Performance

Sya: Amir, ko ni tak habis tulis pasal cinta ja, takda modal lain ke? Tulislah pasal diri kau ke, pasal aqidah ke, hukum feqah ke…

Paksu: Nak buat macam mana, tu ja yang akau tahu (dalam hati nak cakap, hanya mereka yang bercinta sahaja mampu melakukan perkara yang luar biasa _ tapi rasanya macam bunyi ayat buku pula).

Salah Sebuah Chalet Diamond

Az: Lama tak Update blog? Aku rasa kalau kau nak tulis sesuatu, biarlah berilmiah, ada positive ‘Impact’nya dekat orang lain.

Paksu: Okay! (dalam hati berbisik “Adoi, nak tulis blog pun payah macam ini ke?_ patutlah dah lama tak ‘Update’)

Namun, keduanyaku ambil sebagai iktibar buat penulisan mendatang. TETAPI, Iktibar tersebut masih belum mampu mengubah modal artikel kali ini.. hehe.. CINTA lagi

Bukti Diriku Mencintai DIA

1) Kalau Cinta Rindu Bertemu

Jika kita lihat pasangan (yang sudah berkahwin atau belum tetapi dalam suasana hangat dalam percintaan) bercinta, apa yang mereka buat ya? Kalau tak berjumpa sesaat rasa macam sehari, kalau tak jumpa sehari rasa macam setahun (teruk benar Pure Maths orang yang hangat bercinta ye, 1 day = 24 hours = 86400 seconds la _ ada pula setahun). Namun, itulah perasaan orang yang hangat bercinta, mereka mengenal erti rindu. Kalau dah buat janji temu, sudah pasti mereka akan bersedia dengan sebaik mungkin (eg. pakai baju lawa, datang ‘Date’ awal, pergi putihkan gigi). Rasa rindu itu sebagai bukti kita mencintai si dia.

Jadi adakah kita sebegitu dalam mencintai Allah? Jika tidak, terbuktilah CINTA kita kepadaNya masih belum berbunga (tak pa kalau benih baru nak bercambah_keep on going). Kalau kita tidak rasa rindu untuk bertemu denganNya di syuga nanti, perbaikilah. Beranikah kita untuk kita berkata kita mencintai Allah, jika bil telefon sebanyak RM100++ (anggaran masa 30 minit sehari) untuk menelefon pasangan, tetapi untuk berdoa kepada Allah selama 10minit (tiada cas dikenakan!) rasa macam suatu bebanan.

Buat paksu dan teman : Jika benar mencintai Tuhan, usah hanya dijadi siulan, tinggalkan segala macam tegahan, rasalah RINDU tuk lakukan suruhan.

Bersambung….

Bukti Diriku Mencintai DIA : Part 1

Selepas dimarahi oleh beberapa orang rakan kerana sudah lama tidak meng’Update’kan blog ini, rasanya tiba-tiba jari-jemari ini ingin bermain di atas papan kekunci usang ini. Sebelum itu mari kita lihat kata-kata 2 orang sahabat Paksu tentang blog ini.
Malam Cultural Performance
Sya: Amir, ko ni tak habis tulis pasal cinta ja, takda modal lain ke? Tulislah pasal diri kau ke, pasal aqidah ke, hukum feqah ke…
Paksu: Nak buat macam mana, tu ja yang akau tahu (dalam hati nak cakap, hanya mereka yang bercinta sahaja mampu melakukan perkara yang luar biasa _ tapi rasanya macam bunyi ayat buku pula).
Salah Sebuah Chalet Diamond
Az: Lama tak Update blog? Aku rasa kalau kau nak tulis sesuatu, biarlah berilmiah, ada positive ‘Impact’nya dekat orang lain.
Paksu: Okay! (dalam hati berbisik “Adoi, nak tulis blog pun payah macam ini ke?_ patutlah dah lama tak ‘Update’)
Namun, keduanyaku ambil sebagai iktibar buat penulisan mendatang. TETAPI, Iktibar tersebut masih belum mampu mengubah modal artikel kali ini.. hehe.. CINTA lagi
Bukti Diriku Mencintai DIA
1) Kalau Cinta Rindu Bertemu
Jika kita lihat pasangan (yang sudah berkahwin atau belum tetapi dalam suasana hangat dalam percintaan) bercinta, apa yang mereka buat ya? Kalau tak berjumpa sesaat rasa macam sehari, kalau tak jumpa sehari rasa macam setahun (teruk benar Pure Maths orang yang hangat bercinta ye, 1 day = 24 hours = 86400 seconds la _ ada pula setahun). Namun, itulah perasaan orang yang hangat bercinta, mereka mengenal erti rindu. Kalau dah buat janji temu, sudah pasti mereka akan bersedia dengan sebaik mungkin (eg. pakai baju lawa, datang ‘Date’ awal, pergi putihkan gigi). Rasa rindu itu sebagai bukti kita mencintai si dia.
Jadi adakah kita sebegitu dalam mencintai Allah? Jika tidak, terbuktilah CINTA kita kepadaNya masih belum berbunga (tak pa kalau benih baru nak bercambah_keep on going). Kalau kita tidak rasa rindu untuk bertemu denganNya di syuga nanti, perbaikilah. Beranikah kita untuk kita berkata kita mencintai Allah, jika bil telefon sebanyak RM100++ (anggaran masa 30 minit sehari) untuk menelefon pasangan, tetapi untuk berdoa kepada Allah selama 10minit (tiada cas dikenakan!) rasa macam suatu bebanan.
Buat paksu dan teman : Jika benar mencintai Tuhan, usah hanya dijadi siulan, tinggalkan segala macam tegahan, rasalah RINDU tuk lakukan suruhan.
Bersambung….

Cerpen: Menanti Nafas Cinta



“23…23…. Muhammad Ramadhan!”,Garau sedikit suara yang dimiliki oleh Dr. Muhammad Ridha. Kebiasaannya pelajar akan diberi nombor kehadiran oleh para pensyarah untuk diambil kedatangan mereka , ini memudahkan para pensyarah untuk mencatit kehadiran dengan cepat.

“Ya saya…maaf doktor”,Terkejut , dia menjawab dengan kelam kabut.

“Kamu fikirkan apa? Ingat katil di rumah kah?”,Gurau doktor , mengusik pelajarnya yang termenung itu. Satu kelas tertawa.

Tidak sepertimana biasa , doktor pada hari ini tidak mengajar sepertimana biasa . Subjek dunia Islam yang menjadi subjek elektif itu digantikan dengan pengisian rohani.Sepanjang waktu , doktor memberi tazkirah mengenai bulan Ramadhan , mungkin kehangatan bulan mulia ini sudah mula dirasai. Pengajaran , kemuliaan dan hikmah bulan Ramadhan diceritakan dengan penuh semangat agar pelajarnya dapat mengambil iktibar dan persediaan sebelum menempuh bulan suci ini.

“Muhammad Ramadhan , kamu sudah bersedia belum untuk Ramadhan ini?” Mungkin pertanyaan doktor itu sengaja diberikan pada dia , kerana namanya barangkali.

“Insyallah , erm.. doktor boleh saya tanya sesuatu? ” serius nadanya. Pelajar lain mula menumpukan perhatian pada beliau.

“Apa pandangan doktor tentang suasana Ramadhan di Palestin ? ketika saudara-saudara kita menggadai nyawa di sana dalam suasana Ramadhan yang tidak pernah aman hampir 50 tahun,kita disini bakal berpuasa dengan selesa dan aman? , Bukankah bulan suci ini kita digalak membantu mereka yang kesusahan?” Tegas soalannya bak orangnya.

“Apa yang kamu cakapkan ini ? kau tak pernah bersyukur duduk disini menikmati keamanan?” Sampuk Ahmad Ali , garang wajah pelajar Jordan seorang ini. Jiwa nasionalisnya cukup kuat.

Abdullah yang duduk di sebelah mencubit peha kiri Muhammad Ramadhan dan tangkas berbisik , “Kau nak mati ke tanya soalan macam ini?..” , kelas jadi riuh , ada yang memprotes soalan tadi , ada yang hanya menjadi pemerhati.

“Diam semua…!” , Sedikit naik suara Dr. Ridha , “Saya harap kamu semua bertenang dan berbaik sangka atas soalan beliau tadi , mungkin maksudnya tentang bagaimana membantu orang didalam kesusahan di bulan Ramadhan , betul tidak?” Tajam mata Dr.Ridha memandang ke anak mata Muhammad Ramadhan , sesuatu yang tersirat lahir di anak mata Dr.Ridha.

“ermm..Itulah maksudnya yang sebenar doktor..tiada yang lain..”Abdullah menyampuk mengiakan kata-kata doktor tadi,mahu membantu sahabatnya yang seorang ini. Muhammad Ramadhan hanya diam.

Jam tepat 12.30 tengahari , ini tandanya kelas sudah tamat.

“Baiklah kelas , kita kesuntukan masa , jika ada ruang kita akan sambung esok” , Dr.Ridha berdiri dan terus berjalan ke kerusi Ramadhan , “Kamu ke bilik saya petang nanti..”, Bisik Dr.Ridha dan kemudian meninggalkan kelas.

Abdullah mengajak Muhammad Ramadhan untuk terus ke beredar dari kelas , bimbang Ahmad Ali si “wira Nasionalis” itu membuat onar.

“Kau ni , semangat pun biarlah bertempat , kita bukan di tanah air kita …” Nasihat Abdullah.

“Mereka takkan faham dan mereka memang tak akan faham , Wira nasionalis konon!” Bentak Muhammad Ramadhan , tanda tidak berpuas hati dengan keadaan tadi.

Jelas terpancar kekecewaan Muhammad Ramadhan tentang perkara ini . Masakan tidak , sepatutnya bangsa Arab Islam lebih mengerti dan lebih faham tentang perjuangan mempertahankan bangsa seagama mereka yang berkorban di bumi Isra’ itu , ini tidak , bukan dibela , malahan di cerca lagi.

Penyakit hati apakah yang sudah menutup pintu hati kemanusiaan mereka ini ? , Terlena dengan buaian syair bangsa hingga lupa teriak tangis manusia yang tidak berdosa , bangsa seagama mereka.

PERJUANGAN YANG TIADA NOKTAH.

“Saya faham perasaan kamu , saya juga tahu penderitaan bangsa kamu …ermm…bangsa kita”, Lembut suara Dr.Muhammad Ridha , barangkali mahu menenangkan perasaan anak muridnya yang seorang ini.

“Inilah yang membuatkan saya menjadi pendidik di sini , jika mata-mata mereka sudah ditutup dengan perjuangan ini , sudah menjadi tangunggjawab saya untuk membuka mata-mata mereka untuk menyedari isu ini,kalau pun bukan dari kaca mata bangsa dan agama , kita perjuangkan melalui kesedaran kemanusiaan..” , Nampak tenang suara beliau , namun wujud ketegasan di wajah beliau.

“Tapi doktor saya kecewa dengan mereka … saya mahu perjuangan ini diperjuangkan..!!” Muhammad Ramadhan melahirkan kekecewaan yang teramat sangat , merah mata beliau.

“Ramadhan… perjuangan ini tidak akan berakhir hingga hari qiamat , kamu sudah lupa Janji Allah dan Rasul-Nya mengenai tanah lahir kamu? , Jika kamu hatta saya sekalipun terlalu emosi untuk memperjuangkan isu ini , sampai bila kita akan berbalah sesama kita? Kesedaran dan hikmah perlu kamu teliti” sedikit tegas suara pensyarah di awal 50an ini cuba memahamkan anak muridnya yang masih muda ini. Beliau faham , pelajarnya yang seorang ini punya semangat yang tidak pernah luntur.

“ss..ssaya Cuma teringat keluarga saya…” Air mata Muhammad Ramdhan sudah menitik dari belahan merah matanya. “Saya teringat pada mereka , sampai sekarang saya masih rindu pada mereka,rejim Yahudi memang bukan manusia, pembunuh!!”, Sedih , kali ini air matanya cukup deras , dia tidak mampu menahan kepiluan hati.

Dr.Muhammad Ridha , berdiri dan pergi ke kerusi pelajarnya itu lantas memeluk dan menenangkan hati anak muda yang terluka itu , “Kamu jangan menangis lagi , kamu ada saya yang sentiasa bersama-sama kamu , kamu ada ribuan hatta jutaan manusia yang akan sama-sama memperjuangkan bumi barakah kita”. Pertemuan petang itu memberi satu kekuatan buat Muhammad Ramadhan dan juga menjadi satu azimat perjuangan buat Dr.Muhammad Ridha untuk terus berbakti pada perjuangan luhur ini.

Darah jihad ini tetap akan mengalir , seperti lajunya titisan darah pejuang-pejuang syahid di medan sana.

NAFAS INI SEBAGAI JANJI
15 tahun lalu….Ramadhan 1414

Ketenangan dan suasana awal Ramadhan di perkampungan Uzair pada pagi itu sungguh aman dan nyaman. Anak-anak kecil berlari-lari gembira , deretan anak-anak muda di tepi-tepi jalan utama menuju ke sekolah agak ramai , kumpulan ibu bapa menunaikan tanggungjawab mereka menuju ke tempat kerja , ada yang menjadi guru , ada yang bercucuk tanam , ada yang mengembala kambing biri-biri.

Namun siapa tahu , hari itu juga menjadi titik hitam buat diri Muhammad Ramadhan. Keamanan yang terhad bagi bulan suci ini untuk dinikmati penduduk kampung dikotori lagi dengan bedilan-bedilan kejam pembunuh tanpa kemanusiaan ini.

Kerap kali anak kecil ini mendengar bunyi bedilan dan beliau tidak pernah gentar dengan bunyi itu , kehidupannya jauh berbeza dengan anak-anak yang sebaya umur dengannya di tempat lain. Bilamana mendengar bunyi yang “mengerikan” itu , mereka sekeluarga akan berdiam diri didalam rumah. Kematian sanak saudara dan kawan-kawan seperti kisah biasa dalam kehidupan mereka.

Anak kecil itu yang hanya melihat kelibat ayahnya dan abang sulungnya berlari menyelamatkan diri di luar rumah tidak mampu berbuat apa-apa melainkan menangis sahaja , pagi itu hanya anak kecil itu dan ibunya berada di rumah.

Pamm!! Pamm!! Tembakan itu tepat terkena kepala ayah dan abangnya , kedua-duanya rebah Syahid di hadapan rumah usang itu , kedua-dua mata anak ini menjadi saksi pembunuhan kejam yang dilakukan ke atas ayah dan abang kesayangannya , teriakan anak kecil ini makin kuat , si ibu kelam kabut mendapatkan si suami dan anaknya yang bergelimpangan berlumuran darah itu dan anak kecil itu dibiarkan didalam supaya tidak keluar.

Tatkala sang ibu meratap dan cuba meminta pertolongan untuk suami dan anaknya , tembakan dari penembak tepat Yahudi laknat ini , tepat mengenai belakang wanita tua itu , Ummu Ahmad rebah dipangkuan suaminya , ketiga-tiga ini sedang menuju menanti syahid yang agung!

Anak kecil itu tidak mampu menahan dan melihat perkara ini , dia berlari mendapatkan keluarganya yang terbaring menanti syahid…deras air mata anak ini.

“Ibu…ibu…. Jangan tinggalkan saya!!..” teriak anak kecil yang belum mampu megerti apa-apa tentang pembunuhan yang tragis ini.

“shhh…jangan nangis anak ku..ibu pergi sekejap saja…kita akan berjumpa nanti..ibu..ayah…abang sayang kamu…Allah….Allah…” , Si ibu ini mengusap kepala anaknya itu , usapan ini tanda kasih dan sayang ibu buat anaknya dan kemudiannya si ibu diam..diam untuk selamanya , langit Syuhada’ terbuka luas untuk Syahid ini.

Anak kecil itu terus menangis , dia tidak tahu apa yang berlaku. Yang hanya dia tahu , keluarganya dan kehidupan kecilnya.

Tentera laknat zionis itu berundur dengan megahnya. Hari itu , mereka sudah melaksanakan misi mereka , meratah tubuh-tubuh umat Islam yang tidak berdosa.

Tidak lama selepas itu , anak kecil itu dibawa berhijrah ke Jordan oleh bapa saudaranya, mungkin tanah itu selamat untuk anak kecil dan sehingga ini anak kecil itu tidak pernah pulang ke tanah itu lagi.

Muhammad Ramadhan tersedar dari nostalgia lalu.Air mata mengalir..rindu pada ibu , ayah dan abangnya..

Mentari senja jatuh dengan begitu indah petang itu , Ramadhan masih lagi duduk di celah batuan besar tepi bukit Iraq melihat dengan dekat sempadan dua tanah di timur tengah ini.Agaknya dia masih leka bermain dengan perasaan dan nostalgianya senja itu , ada suatu yang cuba diwarnakan di liang khayal dan fikirannya.
Lagi 5 hari lagi bulan ramadhan akan menyapa umat Islam sedunia , pelbagai persediaan telah dilakukan di merata tempat. Namun bagi yang bernama Muhammad Ramadhan ini , ada sesuatu yang beliau simpan di semat hatinya , kedatangan Ramadhan setiap tahun pasti mengingatkan dia dengan sebuah cerita yang tidak akan dilupakan dalam dirinya.

Ramadhan kali ini beliau bertekad….

Beliau akan pulang ke tanah itu , mencari cinta dan secebis sayang yang lama dinantikan.Rindunya untuk mencium bau-bauan syuhada’ makin mendalam.Cinta pada tanah perjuangan ini tidak akan hilang sampai mati.

Dia akan terus menanti nafas cinta ini.

“Ibu..ayah…abang… Ramadhan akan pulang…….”

-Tamat-

Sempena Memperingati Hari Al-Quds Sedunia , marilah kita sama-sama mendoakan perjuangan sahabat-sahabat kita berada di Bumi jihad Palestin. Hulurkan sumbangan dalam apa jua bentuk sekalipun , berjuanglah atas dasar apa sekalipun untuk membela perjuangan dan hak-hak mereka.
Perjuangan dan nilai-nilai kemanusiaan harus kita ambil iktibar untuk sama-sama memperkemaskan lagi istiqamah kita didalam perjuangan ini.
Tidak kira siapapun kita , masing-masing harus punya kesedaran dan tanggungjawab ke atas perjuangan ini.

Karya ,
Mohd Lutfi Hafifi Bin Japili.
Mutah , Jordan.


Credit to Lutfi and Muscom